Orang Roma atau Gypsy, dikatakan berasal dari India dan mereka berpindah ke Eropah diantara tahun 900 ke 1100 masehi. Mereka dikatakan hidup nomad berpindah randah dengan menaiki Caravan. Mereka dikatakan susah dikawal dan banyak terlibat dengan aktiviti meminta sedekah dan juga menyeluk saku. Hari ini golongan Gipsy di Eropah banyak berada di negara-negara Balkan.
Seorang kawan yg berada dalam NGO yang ada hubungan dengan UNHCR ada memaklumkan kepada kami, negara kita Malaysia ada mengambil pelarian dari negara Myanmar dan Syria untuk didaftarkan dengan UNHCR. Negara kita akan membuat tuntutan sejumlah wang bagi menjaga pelarian yang didaftarkan. Begitu juga negara-negara Balkan, banyak pelarian Syria telah dibawa masuk untuk didaftarkan sebagai pelarian dengan UNHCR. Negara-negara tersebut akan menerima bantuan kewangan dari UNHCR. Walau bagaimanapun pelarian yang dibawa mungkin juga akan dijual kepada sindiket-sindiket perdagangan manusia. Ada yang digunakan utk mengemis dan ada juga yang digunakan untuk membekal keperluan sumber manusia bagi industri hiburan termasuk pelacuran. Kita tertanya apakah nasib umat kita di Syria yang melarikan diri ke negara-negara seperti ini ?? Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui ….
Antara gambar yang sempat kami rakamkan bersama anak-anak pengemis (atau pencopet) semasa makan di Skopje. Apakah mereka ini berada dalam sindiket ? Apakah mereka ini Gypsy ?


KISAH PERTEMBUNGAN DENGAN GYPSY DI BALKAN
Semasa Trip Balkan di bulan Mac 2016, seorang peserta wanita kami hilang wallet beliau semasa melintas traffic light semasa berjalan kaki untuk ke bas selepas lawatan ke Sarajevo Stari Grad. Gadis Gypsy dipercayai menuruti beliau semenjak dari pekan lama Sarajevo. Selalunya mereka akan kenalpasti orang yang akan dijadikan mangsa dengan mengikuti orang itu berjalan kaki. Mereka memerhati bagaimana potensi mangsa itu berbelanja dan mereka juga menjengah tengok duit yang ada dalam wallet. Mereka akan perhatikan dimana akhirnya duit itu disimpan. Dalam poket atau beg sangkut atau juga beg belakang.
Apabila kita berjalan dan sewaktu mereka ingin mengenakan mangsanya, ianya akan dibantu oleh kawan mereka yang lain. Dipercayai mereka berhubung menggunakan isyarat. Kawan mereka itu akan berbuat sesuatu utk mengalih tumpuan bakal mangsa. Mereka mungkin berhentikan kita utk bertanya atau mungkin kanak2 mereka akan mara ke kita minta sedekah atau mereka mungkin melanggar badan kita. Diwaktu tumpuan fikiran kita beralih, itulah waktunya gadis gypsy yang mengikuti kita sejak dari awal akan segera menyeluk beg atau poket tempat disimpan wallet kita.
Peserta wanita yang mengikuti trip kami Mac 2016, hanya menyedari wallet beliau hilang apabila diatas bas beliau mendapati beg galas beliau terbuka zip. Begitulah cekapnya mereka.
Satu lagi kisah semasa Trip Julai 2016 di Sofia Bulgaria, sewaktu peserta lelaki solat Jumaat di Masjid berhampiran, peserta wanita berehat minum kopi di sebuah restoran McD. Mangsa pada waktu itu meminta untuk ke toilet McD, dan beliau perlu mengambil tiket khas untuk ke toilet. Semasa beliau ingin masuk ke toilet 2 orang gadis gypsy mengikuti beliau masuk. Manakala lain-lain peserta yang ada dalam restoran McD sibuk minum kopi panas dan sebahgian berada di luar restoran melayan gadis-gadis kecil gypsy.
Apabila 2 gadis Gypsy berjaya lolos masuk ke toilet mengikuti peserta wanita kami yang seorang diri ke toilet. Apabila mangsa ingin keluar dari toilet, seorang gadis gypsy bergegas ke pintu tidak benarkan mangsa keluar. Gadis gypsy itu menghempas pintu beberapa kali dan apabila mangsa cuba untuk menjerit, barulah mereka bukakan pintu dan biarkan mangsa keluar. Apabila masuk kembali ke ruang makan restoran, barulah mangsa perasan yang beg sangkut beliau kelihatan terbuka. Apabila diperiksa dengan lebih lanjut, didapati wallet beliau telah hilang. Jumlah keseluruhan yang hilang ialah RM 8,000 disebabkan duit banyak dalam bentuk USD dan Euro.
Kami cuba ke balai polis membuat laporan tetapi saya dapat rasakan polis cuma pura-pura layan yang mereka menerima laporan kami.
LAPORAN POLIS SEORANG PESERTA ROMBONGAN MENJADI MANGSA PENCOPET GYPSY
Sebelum bertolak ke Airport untuk balik ke KL, seusai solat Jumaat di Masjid Sofia Bulgaria pada hari terakhir kami di Balkan, saya dikejutkan dengan satu berita. Seorang peserta telah dirompak di bilik air di Mc Donald depan masjid bandar Sofia.
Sebagai Tour Leader diwaktu itu, saya terus mencari mangsa tersebut yang kebetulan pada waktu itu sedang bercerita kepada Tour Guide kejadian yg menimpa beliau disebelah tepi bas kami yang berhenti tidak jauh dari hadapan masjid. Apabila mengetahui beliau hanya kehilangan wang tunai, kad pengenalan, kad kredit dan kad bank. Manakala urusan membatalkan Kad Kredit telah di lakukan oleh suami beliau di KL. Saya ingat sudah tidak ada apa-apa lagi yang kami boleh lakukan.
Saya teringat semasa hamba menjadi tour leader di bulan March dulu pun ada kejadian seumpama berlaku kepada seorang peserta di Sarajevo. Cuma kali ini ianya berlaku di Sofia.
Turun saja dari bas, sebelum kami memasuki sebuah kompleks beli belah Paradise di Kota Sofia. Simangsa telah datang bertemu saya, katanya beliau ada ambil insuran sebelum berlepas ke Balkan. Jadi laporan polis tempatan diperlukan. Kami memberitahu Tour Guide bahawa kami perlu untuk buat laporan polis. Tour Guide kelihatan seperti berlepas tangan dengan meminta saya sendiri membawa simangsa ke balai polis. Kami mengambil teksi tempatan untuk ke balai polis. Sampai di balai polis kami maklumkan bahawa kami nak buat laporan kecurian yang berlaku. Bagaimana budak-budak gypsy telah memerhatikan dan mengikuti pergerakan beberapa orang dari rombongan kami. Bagaimana mereka menunggu di Mc Donald dan apabila ada yang memasuki bilik air mereka menunggu di pintu bilik air. Bagaimana mereka menghalang kita keluar manakala orang dibelakang kita tanpa kita sedari membuka zip beg tangan kita dan mencuri keluar beg duit kita.
Polis maklumkan kepada kami, mereka memerlukan profesional translator yg boleh translate dari english ke Bulgaria. Manakala kalau kami perlukan salinan repot segera itu tidak mungkin sebab salinan repot akan dapat diambil setelah 3 hari.
Hamba menelefon sahabat, Rokman Mat Adam, penasihat Insuran syarikat kami. Beliau memaklumkan salinan repot adalah perkara wajib yg diperlukan apabila kita ingin nak buat tuntutan (claim). Kemudian saya terfikirkan Ms Doly, local travel guide kami di Sofia. Saya pun pergilah bercakap dengan pegawai polis lagi sekali, samada boleh untuk kami teruskan buat repot, kemudian repot kami akan diambil oleh Ms Doly untuk poskan kepada kami. Alhamdulillah, pegawai polis kata boleh, cuma kami perlu menunggu 30minit untuk beliau memanggil profesional translator untuk datang.
Profesional translator akhirnya datang walaupun agak lewat setelah hampir sejam kami menunggu kerana masalah trafik kota Bulgaria di petang jumaat. Kemudian proses rasmi mengambil repot juga mengambil masa hampir sejam.
Selesai segalanya jam menunjukan 6. 30pm, flight kami jam 9.40pm. Kami bergegas mengambil teksi dan selamat sampai Airport dlm jam 7pm. Alhamdulillah segalanya masih dlm kawalan.
Semasa peristiwa bulan Mac dulu, simangsa menyedari beg duit sudah tidak ada dalam beg sandang yg dibawa diatas bas. Beg sandang beliau, zip telah terbuka !!
Akhir Kalam
Mendengar beberapa kisah golongan gypsy di Balkan, mereka professional mencuri. Gerakan mereka cukup cepat sebab itu kami sentiasa ingatkan supaya wang dipecah-pecahkan dan diletakan dibeberapa tempat. Mereka selalunya mencari mangsa golongan wanita. Mereka memerhatikan pergerakan kita semasa membeli, mereka mencuri tengok wang yg kita ada dan dimana kita letakan beg duit kita. Apabila mereka benar-benar pasti kita akan menjadi sasaran. Mereka samada melanggar kita ditrafic light atau menunggu kita memasuki toilet.......atau berbagai lagi cara yang lain, sebab mereka memang benar2 cekap !!