Tamadun Greece (Yunani) sudah direkodkan seawal 7,000 tahun Sebelum Masehi. Greece Purba ialah Tamadun Greece yang bermula dari tahun 1,000 Sebelum Masehi hingga ke 600 Masehi. Ianya adalah sejarah sebelum Empayar Rom. Berakhirnya keagungan Greece purba mungkin dengan kematian Iskandar Zulkarnaian (Alexander the Great) ditahun 323 Sebelum Masehi. Zaman berikutnya dikenali sebagai Hellenistic. Greece Purba berperang dengan Parsi diantara tahun 500–448 SM. Parsi pernah menguasai Greece diantara tahun 492 hingga 490 SM. Dizaman Hellenistic, semenanjung Greece dan pulaunya dikuasai oleh Rom bermula tahun 146 SM.
Greece Purba dianggap oleh ramai ahli sejarah sebagai asas kepada tamadun Barat. Budaya Greece merupakan salah satu budaya yg sangat berpengaruh membentuk budaya Empayar Rom, yang telah menguasai sebahgian besar Eropah dizamannya. Tamadun Purba Greece amat berpengaruh membentuk bahasa, politik, sistem pendidikan, falsafah, seni dan senibina kepada dunia moden barat, terutamanya diwaktu Renaissance di Eropah Barat dan sekali lagi semasa pertembungan budaya dikurun ke 18 dan 19 di Eropah dan Amerika.

Semasa zaman Hellenistic kehebatan budaya Hellenistic Greece telah mula menurun dan diambil alih oleh kemasyuran kota-kota Alexandria dan Antioch, yang merupakan ibukota Ptolemaic Egypt dan juga Seleucid Syria. Sejarah Rom Timur atau Empayar Byzantine dikatakan sebagai sejarah mengkristiankan Empayar Rom oleh bangsa Greece. Pemecahan empayar Rom kepada Timur dan Barat dan kemudian runtuhnya Empayar Rom Barat adalah perubahan yang datang dari pengaruh kedudukan Greece didalam empayar dan akhirnya ianya telah benar-benar berjaya menonjolkan keunggulan identiti mereka. Peranan Constantinople sebagai pusat empayar bermula apabila Constantine (the Great) menukar Constantinople kepada ibukota baru empayar Rom, menjadikan pusat kebudayaan Hellenism sebagai bandar utama Greece yang hanya berakhir dizaman moden, apabila Constantinople jatuh ke tangan Sultan Uthmaniyyah.
Uthmaniyyah menguasai Greece dari kurun ke 15 hingga tahun 1827. Bila Uthmaniyyah menguasai Greece, perpindahan beramai-ramai telah berlaku sebanyak dua kali. Pertama, ramai bijak pandai Greece berpindah ke Barat Eropah yang telah menyebabkan berlakunya Renaissance. Kali kedua Greece telah meninggalkan tanah pamah mereka dan menduduki kawasan pergunungan. Pertempuran Navarino, October 1827, menandakan berakhirnya pemerintahan Uthmaniyyah di Greece. Peperangan melibatkan tentera laut British, Perancis dan Rusia dengan tentera Uthmaniyyah dari Turki dan Mesir.
Diantara kurun ke 19 dan awal kurun 20, Greece mencuba untuk melebarkan sempadannya untuk mengambil negeri-negeri yang berpenduduk berbangsa Greece yang masih berada dibawah Empayar Uthmaniyyah. Peranan Greece amat penting bagi membantu Rusia semasa peperangan Crimean diantara Rusia dan Uthmaniyyah ditahun 1853, tetapi telah dikalahkan oleh Uthmaniyyah. Hasil dari peperangan Balkan 1912–13 Epirus, Macedonia Selatan, Crete dan Kepulauan Aegean telah dimasukan kedalam negara Greece. Ditahun 1947, sempadan Greece dibesarkan dengan menambah kepulauan Dodecanese dari Italy.

Peperangan diantara tentera Greece terus sahaja berlaku selepas kejatuhan Uthmaniyyah. Kali ini Greece bertembung dengan tentera Turki yang diketuai oleh Mustafa Kamal AttaTurk. Peperangan Greco-Turkish (1919-1922) telah berjaya menamatkan serangan Greece keatas Turki ditahun 1921. Tentera Turki berjaya menawan kembali Smyrna pada 9 September 1922, dan membakar bandar tersebut membunuh ramai bangsa Greece dan Armenia. Perang itu berakhir dengan perjanjian Lausanne, dimana persetujuan dibuat untuk pertukaran penduduk diantara Greece dan Turkey atas asas agama. Lebih satu juta Kristian Ortodok meninggalkan Turki dengan menukarkan 400,000 orang Islam dari Greece. Peristiwa 1919–1922 dianggap sebagai sejarah hitam dalam sejarah Greece. Diantara 1914 dan 1923, dianggarkan diantara 750,000 ke 900,000 Greece mati ditangan Uthmaniyyah Turki.
Inilah sebabnya pada hari ini, kita akan susah untuk bertemu dengan orang Islam di Greece, manakala begitu juga dengan orang Kristian di Turki. Kita teringat akan Monk Valley di Cappadocia yg telah ditinggalkan menjadi kesan sejarah bahawa umat Kristian pernah satu ketika dulu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyyah.