Tarikh perjalanan: 8 Januari 2012 Selepas selesai memberi latihan kepada pegawai-pegawai MIDA tentang pengurusan laman web versi Arab MIDA, saya dan isteri mengambil peluang singkat untuk menjelajah bumi Mesir. Kami menempah tiket penerbangan flyDubai ke Iskandariah (Alexandria) dan memulakan kembara ringkas penuh memori.
🏖 Iskandariah – Bandar Pantai Bersejarah Kami menginap satu malam sahaja di Iskandariah, sebuah bandar pantai yang berhadapan dengan Laut Mediterranean. Setibanya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Alexandria, kami agak terkejut melihat saiz lapangan terbang itu yang lebih kurang sebesar Lapangan Terbang Kota Bharu Kelantan ketika itu — kecil tetapi padat dan berfungsi.
Dari lapangan terbang, kami menaiki sebuah teksi model FIAT 124 — klasik dan masih banyak digunakan di Mesir — menuju ke hotel kami yang terletak di tepi pantai. Cara mereka memandu tak banyak bezanya dengan India apabila hon dibunyikan sepanjang jalan menjadi irama yang dipaksa untuk masuk ke telinga kita. Cuaca nyaman dan pemandangan laut Iskansariah yang tenang benar-benar menyegarkan selepas bebanan tugasan kerja.
Antara tempat menarik yang sempat kami lawati di Iskandariah:
🏰 Qaitbay Citadel – Sebuah kubu bersejarah yang dibina di tapak rumah api purba Pharos of Alexandria, salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Kuno.
🌴 Montaza Palace – Kompleks diraja dengan taman-taman yang luas dan pemandangan yang indah.
Di Hadapan Qaitbay Citadel Iskandariah
Di tepi pantai Laut Meditrenean Kota Iskandariah
🚆 Perjalanan ke Kaherah – Kota Seribu Menara Keesokan harinya, kami menaiki kereta api dari Iskandariah ke Kaherah (Cairo). Hotel kami di Kaherah terletak berhampiran dengan stesen kereta api, memudahkan pergerakan kami di kota besar ini.
Kami menetap selama 3 malam di Kaherah, dan menjelajah kota menggunakan pelbagai bentuk pengangkutan awam termasuk tren dan subway. Suasana kota yang padat dan penuh sejarah memberi kami pengalaman yang berbeza.
Antara tempat yang kami lawati di Kaherah:
Di hadapan Piramid Giza
Menaiki Unta melintasi Piramid Giza
Kembara DIY Mesir 5H4M: Iskandariah & Kaherah – Januari 2012 13
🏜 Piramid Giza dan Sphinx – Tiada lawatan ke Mesir lengkap tanpa menyaksikan keagungan binaan purba ini. Kagum melihat betapa hebatnya ketamadunan silam.
🕌 Masjid Al-Azhar – Kami sempat singgah menunaikan solat di masjid bersejarah ini, pusat ilmu Islam yang tersohor.
🛍 Membeli-belah di tepi jalan – Suasana pasar jalanan sangat meriah, dengan pelbagai barangan tempatan, cenderamata, dan tawar-menawar yang menjadi sebahagian budaya mereka.
🏛 Muzium Mesir, Kaherah – Khazanah Firaun Sepanjang Zaman. Muzium terletak di Medan Tahrir, pusat kota Kaherah, Muzium Mesir (Egyptian Museum) adalah sebuah destinasi wajib bagi sesiapa yang berminat dengan sejarah purba Mesir. Dibuka pada tahun 1902, muzium ini menempatkan koleksi artifak Mesir purba terbesar di dunia, lebih daripada 120,000 item, termasuk harta karun para firaun, mumi, patung, manuskrip dan barang peribadi dari zaman ribuan tahun dahulu.
Di hadapan Egypt Muzeum
Kembara DIY Mesir 5H4M: Iskandariah & Kaherah – Januari 2012 14
🏺 Apa Yang Menarik di Muzium Mesir?
i. Galeri Tutankhamun Ini adalah bahagian paling terkenal di muzium. Firaun muda yang naik takhta pada usia 9 tahun ini mungkin tidak begitu besar jasanya dari segi pemerintahan, tetapi makamnya ditemui hampir sempurna oleh Howard Carter pada tahun 1922. Di sini anda boleh melihat:
Topeng emas Tutankhamun – salah satu artifak paling ikonik dunia.
Peti emas, perhiasan, senjata, dan kereta kuda.
Barang peribadi raja yang dikuburkan bersamanya.
Mumi Firaun di Muzium Mesir
ii. Bilik Mumi Diraja (Royal Mummy Room) Sebuah bilik khas dan berbayar (tambahan tiket), yang menempatkan mumi sebenar firaun-firaun terkenal seperti:
Ramses II – firaun agung yang disebut dalam banyak teks sejarah.
Seti I, Thutmose III dan lain-lain. Melihat mumi dari dekat adalah pengalaman yang benar-benar menggetarkan — bagaimana tubuh mereka masih terpelihara selepas lebih 3,000 tahun.
iii. Artifak Zaman Purba Lain
Patung besar Ramses II, Amenhotep III, dan banyak lagi.
Manuskrip purba di atas papyrus.
Koleksi harian rakyat Mesir purba – peralatan dapur, permainan kanak-kanak, dan barangan kosmetik.
🗺 Suasana dan Reka Bentuk Muzium Bangunan muzium bergaya neoklasik ini sendiri adalah sebahagian daripada warisan. Dengan ruang yang padat, suasananya agak “klasik” dan tidak se-moden muzium lain, tetapi di sinilah letaknya aura arkeologi sebenar.
Baru-baru ini, banyak artifak diraja telah mula dipindahkan ke Grand Egyptian Museum (GEM) yang lebih moden dan berdekatan Giza, tetapi Muzium Mesir lama ini masih sangat berbaloi untuk dikunjungi.
💡 Tips Melawat: 📸 Ambil gambar hanya dibenarkan di beberapa bahagian. Royal Mummy Room biasanya tidak membenarkan fotografi. 🕰 Luangkan sekurang-kurangnya 2-3 jam untuk melihat bahagian penting. 🎧 Ambil pemandu pelancong atau audio guide – kerana banyak pameran tidak ada penjelasan mendalam.
💵 Tiket masuk berbeza untuk warganegara asing dan pelajar. Simpan pasport untuk pengesahan harga.
Di hadapan Stesen Keretapi Kahirah
Di Stesen tren Giza
Di tepi sungai di Kota Kahirah
✨ Akhir Kalam Muzium Mesir bukan sekadar tempat menyimpan barang lama — ia adalah gerbang ke masa lalu, di mana setiap patung dan perhiasan menceritakan kisah agung tamadun yang pernah berdiri megah. Ia adalah pengalaman wajib bagi sesiapa yang ingin memahami warisan Mesir purba dari dekat dan penuh rasa kagum
Walaupun lawatan kami ke Mesir kali ini singkat, pengalaman menjejakkan kaki ke bumi penuh sejarah ini sangat bermakna. Dari pantai indah Iskandariah ke keajaiban tamadun di Giza, melawat Masjid Al-Azhar dan Muzium Mesir semuanya meninggalkan kesan mendalam buat kami berdua.
Jika anda bercadang ke Mesir, pastikan sempat merasai sendiri pengalaman menaiki kereta api antara bandar, menjelajah bazar rakyat, dan melihat sendiri bukti sejarah besar yang pernah berdiri gagah di bumi ini.
Istilah “Balkan” merujuk kepada Semenanjung Balkan, yang merupakan sebuah kawasan geografi di Tenggara benua Eropah, dan termasuk juga wilayah-wilayah di sekitarnya. Ia adalah daratan yang bersempadan dengan Laut Adriatik di sebelah barat, Laut Mediterranean di sebelah selatan dan juga Laut Hitam di sebelah timur. Balkan merangkumi negara seperti Slovenia, Croatia, Serbia, Bosnia dan Herzegovina, Montenegro, Kosovo, Albania, Macedonia, Bulgaria, Romania, Moldova dan Greece. Nama “Balkan” berasal dari banjaran gunung Balkan, yang merentasi wilayah itu.
Balkan telah menyaksikan jatuh dan bangunnya banyak empayar di dunia. Di situ lahirnya Raja Iskandar Zulkarnain yang berjaya melebarkan empayarnya kepada sebahgian besar dunia barat dan timur, di situ bermulanya tamaddun Yunani Silam, berganti dengan tamaddun Helenistik yang berpusat di Rom dan kemudiannya dikuasai oleh Khalifah Uthmaniyyah dikurun ke 14. Di situ bermulanya perang dunia pertama apabila berlakunya agenda penyatuan bangsa Slav yang membebaskan mereka dari Sultan Uthmaniyyah dan menubuhkan negara Yugoslavia. Kemudiannya Yugoslavia telah menjadi komunis ditahun 1945. Di tahun 1992 dengan keruntuhan komunis Yugoslavia, negara Yugoslavia telah berpecah kepada negara-negara kecil balkan. Ketegangan kaum telah berlaku semenjak tahun 1980an lagi dengan kematian Tito, pemimpin komunis Yugoslavia. Ketegangan kaum mengikut garis agama Croats- Kristian Katolik, Serbs – Kristian Ortodox dan Bosniac – Islam telah mencetuskan Perang Balkan 1990an yang meragut banyak nyawa umat Islam Balkan.
Peta Balkan dengan negara-negara di Tenggara Eropah termasuklah Slovenia, Croatia, Serbia, Bosnia dan Herzegovina, Montenegro, Kosovo, Albania, Macedonia, Bulgaria, Romania, Moldova dan Greece
SEJARAH BALKAN SEBELUM PERANG DUNIA KE I HINGGA SELEPAS PERANG DUNIA KE II
Bangsa Slavs mula menetap di Balkan diantara kurun 6–7. Mereka memeluk Kristian dikurun ke 9. Negara Croatia telahpun wujud diantara kurun ke 10 dan 11, dimana ianya dijajah oleh bangsa Hungary, dan Croatia diperintah Hungary sehingga ke akhir perang dunia pertama. Bosnia pula telahpun merdeka dari kurun ke 12 hingga ke 15, bilamana ianya jatuh kebawah pemerintahan Sultan Uthmaniyyah. Diakhir kurun ke 19, Bosnia telah diserahkan kepada pemerintahan Austria-Hungary, dan penyerahan secara formal pada tahun 1908 ialah diantara perkara-perkara yang telah membibitkan perang dunia pertama.
Macedonia pula menjadi rebutan empayar Rom Byzantine, Bulgaria, dan lain-lain kuasa setempat sehingga akhirnya dijajah oleh Serbia dikurun ke 14. Sebagaimana Serbia juga, ianya telah jatuh kebawah taklukan Sultan Uthmaniyyah diakhir kurun ke 14. Serbia mula kembali menampakan pengaruhnya di Balkan semasa perang Balkan yang awal, iaitu perang diantara negara Liga Balkan (Serbia, Greece, Bulgaria, and Montenegro) yang bangkit melawan Sultan Uthmaniyyah (1912-1913) yang berakhir dengan memerdekakan banyak wilayah Balkan. Mengikut rekod sejarah, negara Serbia bermula di kurun ke 13 dibawah pemerintahan Stephen Dušan (1331–55) telah pernah menjadi satu kuasa yang terkuat di Balkan. Kekalahan ditahun 1389 semasa perang ‘Kosovo Field’ telah meletakan Serbia dibawah jajahan Uthmaniyyah diantara kurun ke 14 sehingga ke kurun 19.
‘Kosovo Field’ sekarang dikenali sebagai Montenegro, di tahun 1389 merupakan kawasan yang seolah merdeka dari empayar Serbia. Manakala pemberontakan Montenegro menentang Sultan Uthmaniyyah terus sahaja berlaku diketika itu, tetapi ditahun 1499 ianya akhirnya telah dijajah sepenuhnya oleh Sultan Uthmaniyyah. Manakala di ketika itu juga, Venice telah menakluk sebahgian wilayah Montenegro iaitu pelabuhan Kotor, dan Raja Montenegro ketika itu hanya memerintah sebahgian baki kawasan negara mereka iaitu dari Cetinje ke sempadan Kotor. Montenegro dimerdekakan dari wilayah Uthmaniyyah ditahun 1799, dan ditahun 1829 Sultan Uthmaniyyah telah menganugerahkan otonomi kepada Serbia. Montenegro dan Serbia telah diiktiraf merdeka oleh negara-negara kuasa besar Eropah semasa Kongres Berlin di tahun 1878. Serbia diiktiraf negara bebas ditahun 1882, dan ianya telah menjadi sebagai satu kuasa penting di Balkan setelah tamatnya Perang Balkan (1912–13).
Gerakan penyatuan Slavs Selatan diketuai oleh Serbia yang menjadi punca utama Perang Dunia Pertama. Bila pejuang utama kebangsaan Serbia, Francis Ferdinand dibunuh di Bosnia, Austria telah mengisytiharkan perang keatas Serbia. Serbia dan Montenegro ketika itu telah ditadbir dari satu kuasa pusat, manakala tentera Serbia telah memasuki Greece, mengisytihar Greece sebagai jajahan Slavs Selatan di bulan Julai, 1917. Penyatuan itu berlaku dibawah Raja Serbia King Peter I. Raja terakhir Montenegro, Nicholas I, telah dijatuhkan dari takhta ditahun 1918, dan Montenegro akhirnya telah disatukan dengan Serbia. Dibulan Disember, 1918, selepas Perang Dunia ke I, negara “Serbs, Croats, dan Slovenes” telah diisytiharkan. Kesatuan negara ini kemudiannya dikenali sebagai Yugoslavia telah dibentuk, menyatukan pelbagai populasi bangsa Slavia di Selatan Balkan. Negera ini, bagaimanapun, menghadapi ketegangan dalaman dan ketidakstabilan politik. Pada tahun 1946, Yugoslavia telah berubah menjadi persekutuan sosialis, menubuhkan Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia (SFRY).
Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia (SFRY), adalah merupakan sebuah negara sosialis di Eropah Tengah dan Tenggara, wujud dari tahun 1945 hingga ke tahun 1992. Ia merupakan persekutuan yang terdiri daripada enam republik: Bosnia dan Herzegovina, Croatia, Macedonia, Montenegro, Serbia dan Slovenia. SFRY juga dikenali sebagai Republik Rakyat Persekutuan Yugoslavia dari 1945 hingga 1963. Negara itu dibubarkan pada 1992 selepas pengisytiharan kemerdekaan oleh republik itu, menurut Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas negara Yugoslavia.
“Perang Balkan” di zaman terkemudian iaitu pada tahun 1990-an, juga dikenali sebagai Perang Yugoslavia, adalah satu siri konflik yang meletus di bekas Yugoslavia selepas kematian Presiden Tito pada tahun 1980. Ketegangan antara enam republik itu, termasuk Serb, Croat, Muslim Bosnia, Albania, dan Slovenes, membawa kepada pengisytiharan kemerdekaan di Croatia dan Slovenia pada tahun 1991. Perpecahan Yugoslavia dan kemunculan identiti nasional baharu membawa kepada peningkatan sentimen nasionalis, khususnya di kalangan Serbia, Croatia, dan Bosniak. Tentera Yugoslavia telah bertindak balas, dan konflik merebak ke Bosnia dan Herzegovina, di mana akhirnya penghapusan etnik dan pertempuran hebat berlaku untuk satu tempoh yang agak panjang. Tentera Serbia, disokong oleh tentera Yugoslavia, terlibat dalam pembersihan etnik, menyebabkan lebih sejuta orang Islam Bosnia dan Croat telah dipindahkan. Peperangan itu juga mengakibatkan lebih 100,000 kematian, krisis pelarian besar, dan juga kemerdekaan bagi negara Croatia, Bosnia, Slovenia, dan Macedonia.
KISAH KEMBARA KAMI KE BALKAN
10 March 2016: Selesai checkin Turkish Airline group Balkan 22 orang di row F14 KLIA. Kami akan ke Balkan selama 10Malam 12hari, In Syaa Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan kami di sana dan sihatkan kami disepanjang perjalanan
Perjalanan ke Balkan kami, transit di Istanbul. Flight Turkish Airlines berlepas ke Istanbul jam 11.25pm dan perjalanan memgambil masa 11jam. Kami sampai jam 4.30am waktu Istanbul. Kami transit disini 5 jam. Turun dari flight, kami mencari transfer desk. Selesai security check untuk transit, kami mencari surau (Mesjid). Waktu jam 5.49am waktu tempatan, kami solat subuh di surau airport Istanbul. Masih ada 4 jam sebelum kami menaiki flight ke Zagreb.
HARI KE 1 11/3: DARI ISTANBUL KE ZAGREB
Alhamdulillah flight Turkish Airlines TK 1053 selamat sampai Zagreb 11.45am waktu tempatan. Kami telah disambut oleh Tour Guide, Miss Stella dan driver bas Mr Slave. Kami dibawa menaiki bas dan perjalanan diteruskan ke sebuah restoran yang menyediakan makanan halal di bandar Zagreb. Selesai makan, kami berjalan kaki ke Pusat Islam Zagreb untuk menunaikan solat jamak zohor dan asar. Selepas itu dalam jam 3pm -6pm kami dibawa melawat bandar Zagreb. Kami berjalan kaki dgn suhu 8°C di kawasan yang mempunyai bangunan bersejarah dan menarik hingga ke bangunan Cathedral bersejarah, tempat beribadat orang-orang Khatolik Croatia. Selepas itu kami ke Zagreb square dan kemudiannya kami dibawa menaiki bas melewati kawasan perkuburan bersejarah Zagreb, sebelum dibawa ke hotel Aristos. Jam 6.30pm segala urusan checkin ke bilik masing-masing selesai. Jam 8pm nanti kami dinner disini In Syaa Allah.
Awal pagi sebaik selepas minum pagi, perjalanan kami ditreruskan dari hotel Aristos Zagreb ke selatan menuju Tasik Plitsvika. Tasik ini merupakan sebuah Taman Negara Dunia yang diiktiraf UNESCO. Makanan dihotel Aristo diiktiraf Halal oleh Persatuan Islam tempatan.
Perjalanan pagi ini melalui perkampungan Croatia, banyak kesan-kesan perang Balkan seperti kesan peluru di dinding bangunan dan kesan bangunan runtuh disebabkan bom. Kesan yang telah ditinggalkan ini boleh dilihat dikiri kanan sepanjang perjalanan ini. Rupabumi yang mulanya mendatar kemudiannya memasuki kawasan pergunungan, manakala dikiri kanan ialah pemandangan perkampungan Croatia yang indah dengan keunikan tersendiri.
Tasik Plitsvika merupakan ciptaan tasik semulajadi yang cukup indah. Ianya terdiri dari 16 buah tasik yang berada dalam kedudukan bertingkat-tingkat. Pada musim sejuk seperti ketika ini, perjalanan ke tasik menjadi agak licin dan merbahaya. Pada musim ini cuma 4 tasik yang dibuka untuk dilawati. Itu pun sudah cukup bagi kami untuk menikmati keindahan alam ini.
Keluar dari Taman Negara Plitsvika, kami berhenti untuk makan tengahari di sebuah hotel berhampiran. Makanan vegetarian, sebab di sini susah untuk dapatkan makanan halal. Kami solat jamak zohor dan asar disini. Suhu hari ini dalam 4°C.
Perjalanan diteruskan ke arah sempadan negara Bosnia Herzegovina. Kalau di Croatia, majoriti mereka Kristian Katolik. Umat Islam di Croatia hanya 1.5% dari 4.8 juta penduduk. Bosnia bermajoritikan Islam (45%) dari 3.8 juta penduduk. Balkan menyaksikan bagaimana bangsa Slav itu disebut mengikut garis agama masing-masing. Kristian Katolik dipanggil Croatian, Kristian Ortodok dipanggil Serbian, manakala Muslim dipanggil Bosniac.
Sebaik memasuki Bosnia, kami telah dibawa ke bandar Bihaj yang pernah menjadi pusat pentadbiran Uthmaniyyah satu ketika dulu. Bandar ini merupakan bandar tentera muslim Bosniac dizaman perang Balkan yang awal dan merupakan bandar kawalan sempadan di zaman Uthmaniyyah yang kubunya masih utuh sehingga kehari ini. Kubu itu digunakan bagi mengawal sempadan dari serangan tentera kristian katolik Croats. Kami dinner di pinggir sungai Una, yang merupakan nadi yang bukan saja membekalkan kuasa elektrik tetapi menjadi tarikan pelancung untuk sukan lasak seperti rafting, canoeing dan seumpama. Semasa musim panas hotel-hotel disini menjadi tumpuan pelancung.
Kami kemudian bertolak ke Hotel Kolsteski Buk, sebuah hotel dipinggiran air terjun yang indah. Kelihatan peserta-peserta kami tersenyum puas, dan hamba sebagai Tour Leader semestinya merasakan lebih kegembiraan mereka.
HARI KE 3 13/3: DARI BIHAC KE TRAVNIK
Hari ke 3, perjalanan kami diteruskan ke Selatan menghala bandar Travnik, pagi ini setelah sarapan pagi di hotel. Kami menyelusuri sungai Una, sungai dimana hotel tempat kami bermalam semalam. Kami melalui kawasan tanah tinggi yang didiami penduduk muslim Bosnia. Kami dapat melihat perkampungan mereka, sungai-sungai yang jernih airnya mengalir menuruni kawasan tinggi ke lembah berhampiran.
“…macam di Switzerland …” kata Dr. Padzil, hamba hanya tersenyum kerana pemandangan beserta rumah perkampungan mereka, juga mengingatkan hamba ke kawasan Manali di pergunungan Himalaya dan juga perkampungan di Kashmir.
Kampung-kampung orang Islam yang masjidnya dibina mengikut rekabentuk Turki Uthmaniyyah dapat dilihat disepanjang jalan. Manakala kawasan perkuburannya tidak jauh dari masjid, memiliki batu nisannya yang tinggi-tinggi yang diperbuat dari mamar. “As Salamualaikum Yaa Ahlil Kubur”, hamba sedekahkan Alfatihah dan tiga kali Qulhuallah untuk dihadiahkan kepada ahli kubur, sebagaimana yang pernah diajar oleh arwah datuk, apabila bertemu kawasan perkuburan. In Syaa Allah kita akan dapat menafaat dari pahala ahli kubur itu ….. hmm, perkuburan mereka rupanya dikongsi diantara Muslim dan Kristian yang tinggal berjiran sekampung. ” Mereka berperang semasa hidup, tetapi mati boleh pulak bersama disatu kubur….”, komen Kak Maimunah seorang peserta.
Perjalanan dibulan March, cuaca di kawasan tanah tinggi dipenuhi kabus dan hujan renyai-renyai disepanjang perjalanan. Bas bergerak berhati-hati pada kelajuan 60-80km/jam disebabkan jalan yang licin. Pagi ini nasib kami kurang baik kerana navigator bas telah menunjuk arah yang silap. Kami tersasar dari jalan yang sepatutnya selama lebih 2 jam mudik sungai Una. Kami terpaksa berpatah balik ke Bihac kemudiannya.
Perjalanan ke Travnik melewati perkampungan Muslim dan apabila semakin hampir dengan Travnik, ianya berselangseli diantara perkampungan Croatia dan Serb. Perkampungan Serb dikenali dari binaan gereja ortodok mereka. Gereja Ortodok, selalunya mempunyai dom dan minaret. Tanda salib terletak di minaret. Selalu juga binaannya dibuat dari warna emas. Berbeza dari gereja katolik (croatia) yang selalunya berbentuk atap rumah dan salib terletak ditengah-tengah atap.
Travnik – Merupakan sebuah majlis perbandaran. Pernah menjadi ibu negara Bosnia dari tahun 1699 ke 1850. Kami lunch disebuah restoran dibawah bukit yang berdiri megah dengan sebuah kubu lama, ‘Travnik Castle’ dikawasan berhampiran dengan Bandar Lama (Old Town). Suhu disini semasa kami sampai 1°C, kami berjalan kaki melintasi bandar lama ke Masjid Suleimaniya. Kami juga sempat mengerjakan solat sunat di Masjid Suleimaniya sebuah masjid yang dibina dizaman Uthmaniyyah. Selepas solat sunat kami teruskan perjalanan ke Sarajevo, yang merupakan ibukota Bosnia hari ini.
Gambar sungai jernih airnya di bandar Travnik dan perkuburan Islam Bosnia dimana batu nisannya tinggi diperbuat dari marmar.
Sejarah Travnik juga panjang bermula dari semenjak prasejarah iaitu di zaman tembaga. Selepas masehi, ianya menjadi pangkalan tentera Rom dan koloni Rom masih lagi ada di Zenica hingga ke hari ini. Dizaman pertengahan ianya menjadi sebahgian dari wilayah Bosnia.
Travnik mempunyai Kota Lama (castle) yang berada di sektor Old Town hari ini. Dikurun ke 15, selepas Travnik jatuh ketangan Uthmaniyyah, penduduknya memeluk agama Islam. Uthmaniyyah banyak membina binaan mereka dizaman itu yang menjadikan Travnik sebuah bandar penting mereka. Tahun 1699, apabila Sarajevo dibakar oleh tentera Savoy, Travnik menjadi ibu kota wilayah Bosnia Uthmaniyyah. Tahun 1930 bandar ini telah terbakar disebabkan oleh api yang bermula dari keretaapi. Ditahun 1929 ke 1941 Travnik ialah sebahgian dari Yugoslavia.
HARI KE 4 14/3: SARAJEVO OLD TOWN DAN NEW TOWN
Sebelum memasuki bandar Sarajevo, kami dibawa melawat War Tunnel Museum dimana satu terowong dibina diwaktu perang untuk melepasi kepongan tentera Serb ke atas Sarajevo. Tujuannya bagi memudahkan untuk mendapatkan bekalan senjata dan makanan. Selepas itu kami dibawa ke satu taman yang cukup cantik dimana ianya merupakan salah satu matair dari sungai Bosna yang merentasi negara Bosnia yang dikenali oleh orang tempatan sebagai Vrelo Bosna.
SARAJEVO OLD TOWN, BANDAR PENINGGALAN UTHMANIYYAH.
Setiba kami di Sarajevo menjelang tengahari, kami dibawa berjalan kaki ke kawasan bandar peninggalan Uthmaniyyah. Selain dari Masjid dan Madrasah, disini juga ada Bazaar, restoran dan kedai Cenderamata.
Kami lunch disini dan selepas lunch kami dibawa bersolat disebuah Masjid yang telah dibina di zaman Uthmaniyyah. Kemudian kami dibawa berjalan-jalan di sekitar perbandaran lama ini.
SARAJEVO NEW TOWN, BANDAR PENINGGALAN EMPAYAR AUSTRIA-HUNGARY
Selepas solat jamak taqdim di Masjid bersejarah di sini, kami dibawa ke Madrasah lama yang sekarang diubah menjadi muzium. Kemudiannya kami dibawa melewati sempadan diantara bandar lama Uthmaniyyah (kurun 14-16) dan bandar baru yang dipengaruhi empayar Austria-Hungary (kurun 17-18). Dibandar baru ada sebuah Cathedral atau Gereja Katolik dan juga sebuah Gereja Ortodok. Kami sempat bergambar dikedua-dua arah sempadan tersebut.
Selepas lawatan kami diberi waktu ‘free and easy’ untuk berjalan sendiri-sendiri dan bertemu didataran Barcarsija yang terletaknya sebuah binaan zaman pertengahan yang masih utuh – Sebilj.
Sebilj – merupakan binaan wakaf perhentian yang diperbuat dari kayu yang mempunyai saluran air yang mengalir yang diguna pakai untuk pengembara zaman pertengahan beristirehat. Dizaman Uthmaniyyah, Sebilj menempati sepanjang jalan yang dibina dari Istanbul ke Sarajevo.
Gambar di bawah ialah sebuah Sebilj di Sarajevo old town, manakala di sebelah kiri merupakan garis sempadan yang memisahkan bandar lama dan baru.
Gambar di bawah pula ialah Mawar Sarajevo (English: Sarajevo Rose, Bosnia: Sarajevske ruže) ialah sejenis tanda peringatan di Sarajevo yang merupakan parut diperbuat daripada konkrit yang disebabkan oleh letupan cangkerang mortar yang kemudiannya diisi dengan resin merah. Pusingan mortar mendarat di atas konkrit semasa pengepungan Sarajevo mencipta corak pemecahan unik yang kelihatan hampir berbunga dalam susunan, dan oleh itu ianya telah dinamakan “mawar”. Di sebelah kanan ialah pemandangan jalan masuk ke Sarajevo Old City – Stari Grad.
HARI KE 5 15/3 : DARI SARAJEVO KE KONJIC DAN MOSTAR
Kami berlepas dari Hotel Hollywood Sarajevo agak lewat dlm jam 9.30am. Perjalanan ke Selatan menuju kearah Konjic melalui kawasan pergunungan iaitu banjaran pergunungan yang mengelilingi lembah Sarajevo, diselang seli dengan pemandangan pergunungan bersalji yang gagah mempamirkan mahkota masing-masing. Kami sampai di Konjic jam 12pm, kami berhenti untuk bergambar di pekan yang indah ini, terutamanya di kawasan jambatan Konjic yang penuh bersejarah itu.
Konjic adalah satu penempatan dipinggir sungai Netreva adalah yang tertua di Bosnia bertarikh 4000 tahun, merupakan satu bandar penting kurun ke 14. Bandar Konjic ini menjadi sebahgian dari negara Bosnia semasa zaman Uthmaniyyah, dimana kesan-kesan pengaruh mereka selain Masjid dan Agama Islam ialah Jambatan Konjic yang terkenal itu. Konjic di kurun ke 18 menjadi sebahgian empayar Austria-Hungary. Jambatan Konjic dibina diantara 1682 dan 1683 oleh Ali-aga Hasečić merupakan salah satu jambatan asal yang masih kekal semenjak zaman Uthmaniyyah di Bosnia dan Herzegovina. Rekabentuk lengkuk ditengah dimusnahkan oleh tentera German (Mac 1945). Ianya dibina kembali ke asalnya ditahun 2003 ke 2009. Jambatan ini kini telah dijadikan tugu kebangsaan negara Bosnia dan Herzegovina. Di bawah ialah gambar di sekitar jambatan Konjic.
Selepas perang dunia I, Bosnia dan Herzegovina telah bersama negara Serb, Croat dan Sloven telah menjadi sebahgian negara Yugoslavia. Semasa perang dunia II, Konjic telah menjadi sebahgian negara merdeka Croatia dan selepas perang, sekali lagi berada dibawah Republic Persekutuan Yugoslavia. Konjic kemudiannya telah maju dengan beberapa kilang industri ditubuhkan disini. Semasa perang Balkan 1990an, Konjic yg mempunyai perusahaan kilang senjata telah menjadi sasaran puak yang bertelingkah.
Jam 12.30pm kami bertolak dari Konjic dan berhenti utk makan tengahari di Jablanica, disebuah restoran tepi jalan menghadap puncak gunung bersalji. Restoran yg bernama Zdrava Voda itu terkenal dengan kambing goleknya.
Perjalanan diteruskan jam 2.30pm dan kami selamat sampai Mostar jam 3.15pm. Kami solat berjemaah Jamak disebuah Masjid berhampiran. Kemudiannya kami dibawa melalui pekan lama bandar Mostar sebelum melintasi Jambatan Mostar yang terkenal itu.
Nama Mostar datang dari nama penjaga jambatan ini – Mostari dimana dizaman pertengahan dikenali sebagai Stari Most (Jambatan Lama) melintasi sungai Neretva. Ianya dibina oleh Uthmaniyyah dikurun ke 16, merupakan salah satu mercu tanda utama Bosnia and Herzegovina, yang juga merupakan contoh binaan Islam di Balkan yang boleh dibanggakan. Gambar di bawah ialah pemandangan sekitar Mostar.
Jambatan Mostar yg berdiri selama 427 tahun disitu telah musnah di bom oleh tentera Croat semasa perang Croat-Bosniak pada 9 Nov 1993. Pembinaan semula jambatan ini dilakukan kemudiannya dan siap sepenuhnya pada 23 Julai 2004.
Petangnya kami checkin ke hotel Mespa sebuah hotel 5 bintang dibina bersama sebuah mall ditengah-tengah bandar Mostar. Malamnya kami dibawa ke Blagaj untuk dinner dengan ikan Trout bakar.
HARI KE 6 16/3: DARI MOSTAR KE BLAGAJ, NEUM DAN DUBROVNIC
Jam 9am kami berlepas dari hotel Mepas di Mostar, kearah selatan menghala Blagaj. Di Blagaj kami dibawa melawat Tekija. Tekija merupakan sebuah pondok suluk ajaran Tarikat Naqsyabandiyah. Disini juga merupakan makam bagi guru-guru tarikat ini. Pengikut mereka berkumpul di sini untuk berzikir beberapa hari dalam seminggu dan setahun sekali mereka juga bertemu dibulan Mei dalam kumpulan yang lebih besar. Pondok ini dibina di hulu sungai Buna. Air yang bersih dan jernih mengalir dari gua kawasan bukit dan turun ke kawasan sungai melalui jeram-jeram yang cukup cantik mata memandang. Bunyi air mengalir sungguh memberikan ketenangan kepada kami. Kami lunch di sebuah restoran dipinggir Sungai Buna ini. Di bawah ialah pemandangan di pondok Tekija, Blagaj.
Dalam jam 3pm kami bertolak ke Neum. Satu-satunya bandar milik Bosnia yg terletak di tepi laut Adriatic dengan pinggiran pantainya sejauh 20km. Kami melalui kawasan jalan yang curam dan berlengkok dicelah-celah kawasan pergunungan sebelum sampai ke Nuem.
Neum, dari segi sejarah terletak dibawah jajahan Bosnia dan Herzegovina, sebab itu sehingga ke hari ini ianya merupakan satu-satunya pekan yang menghubungkan Bosnia dengan lautan Adriatic.
Jam 4.15pm perjalanan diteruskan menghala Dubrovnik. Sekali lagi kami melintasi sempadan Croatia. Perjalanan kali ini melewati jalan pinggiran laut Adriatic. Pandangan indah dengan curam-curam batu dipinggir laut dihiasi dengan suasana matahari petang menemani kami di sepanjang perjalanan. Kami memasuki pinggir Dubrovnik dalam jam 5pm, tetapi disebabkan masalah dengan banyak jalan di bandar Dubrovnik yang ditutup, kami hanya mampu sampai ke Bandar Lama Dubrovnik menjelang senja. Tour Guide, Miss Ivana menunggu kami disana utk membawa kami melawat bandar lama Dubrovnik. Selesai lawatan dalam jam 8pm, kami dibawa checkin ke hotel Adria. Agak terkejut melihat ada sekumpulan pelancung Malaysia disana sedang menunggu untuk naik lif. Selepas memberi salam dan bertanya, rupanya mereka bertolak melawan arus kami. Mereka bertolak dari Athens dan akan ke Zagreb.
Dinner di hotel Adria, tidak muslim friendly, kami pilih makanan vegetarian dan ikan sahaja. Selepas dinner, kami ke bilik. Terpegun dengan pemandangan Dubrovnik dari bilik hotel kami, disebabkan keletihan kami sempat menyaksikan panorama bandar Dubrovnik sekejap sahaja sebelum terlena.
Dubrovnik merupakan sebuah bandar Croatia ditepi laut Adriatic, di wilayah Dalmatia. Merupakan sebuah bandar pelancungan utama di laut Mediterranean, sebuah bandar pelabuhan dan ibu negeri Dubrovnik-Neretva. Tahun 1979, Dubrovnik menyertai senarai bandar warisan dunia UNESCO.
Kemakmuran Dubrovnik dari segi sejarahnya banyak bergantung kepada perniagaan menerusi lautan. Di zaman pertengahan Dubrovnik merupakan sebuah bandar yg makmur dan ditadbir oleh mereka yang mempunyai kemahiran perundingan yang tinggi. Kerajaan Uthmaniyyah tidak mengganggu mereka apabila mereka bersetuju untuk membayar ufti kepada Sultan Uthmaniyyah. Selepas Uthmaniyyah, tentera Nepoleon Benoparte dari Peranchis telah memasuki Dubrovnik secara aman, dan mereka mengishtiharkan Dubrovnik sebahgian wilayah mereka. Dubrovnik melepasi setiap pertembungan mereka dengan cara diplomasi. Walaupun mereka selamat dari banyak peperangan, bandar ini kerapkali dilanda gempabumi dan kejadian itu telah banyak meruntuhkan banyak binaan yang ada. Gempa bumi yg terakhir disini ialah 7 tahun lepas (2008 ?)
HARI KE 7 17/3: PERJALANAN DARI DUBROVNIK KE KOTOR DI MONTENEGRO DAN KE SHKODDER DI ALBANIA
Paginya kami memulakan perjalanan dari Dubrovnik bertolak ke selatan Croatia melintasi sempadan dan kita mula memasuki sebuah negara kecil Montenegro. Negara Balkan berpenduduk kurang dari 1 juta ini, pemimpin mereka berjaya mengelak dari berperang dengan kuasa besar di sepanjang sejarah. Mereka melaksanakan konsep berkecuali dan berbaik dengan semua negara.
Kota lama Kotor dan Budva merupakan bandar tarikan pelancong di Montenegro. Tarikan utama ialah kapal-kapal pesiaran dipelabuhannya dan juga kota-kota pertahanan yang dibina di tepi laut di bandar lama mereka. Di bawah ialah gambar di dalam Kota Lama Kotor dan juga Budva
Kami berhenti untuk makan tengahari beserta solat disebuah perkampungan Islam di Montenegro, sebelum perjalanan diteruskan ke bandar Shkodder di Albania.
Dari sempadan Montenegro kami memasuki Albania untuk bermalam di sebuah bandar tidak jauh dari sempadan. Tasik Shkodder meliputi 2/3 Montenegro dan 1/3 Albania. Bandar yang mengambil sempena nama tasik tersebut – Shkodder berada dipinggir tasik. Kami bermalam di Hotel Grand Europa yang terletak di tepi tasik Shkodder. Albania berpenduduk 3 juta orang, seramai 75% Islam. Tetapi mereka tidak kelihatan seperti pengamal Islam yang patuh. Mungkin setelah sekian lama berada dibawah pemerintahan Komunis dan diktator yang Atheis – hari ini mungkin tidak sampai 10% sahaja kembali mengamalkan Islam. Keadaan yang hampir sama berlaku di negara komunis china.
HARI KE 8 18/3: ALBANIA: DARI SHKODDER KE TIRANA DAN OHRID DI MACEDONIA
Albania pernah satu ketika menjadi sebahgian wilayah Dalmatia di dalam jajahan Rom (selatan Illyricum), Macedonia (terutamanya Epirus Nova), dan Moesia Superior. Republic moden Albania merdeka dari pemerintahan Uthmaniyyah semasa runtuhnya empayar Uthmaniyyah di Eropah ditahun 1912, selepas perang Balkan. Albania kemudiannya dijajah Itali ditahun 1939. Kemudian jatuh ketangan Nazi German ditahun 1943. Setahun kemudian Albania menjadi sosialis (socialist People’s Republic) dibawah kepimpinan Enver Hoxha dan Parti Buruh. Albania berubah secara sosial dan politik semasa era komunis terutamanya mereka mengasingkan diri dari dunia luar dan Islam hampir tercabut dari amalan penduduknya. Rakyat negara lain tidak dibenarkan memasuki Albania dan begitu juga rakyat Albania tidak dibenarkan ke luar negara. Enver Hoxva memerintah secara diktator dan ramai rakyat Albania dibunuh kerana melawan pemerintah. Ramai juga yang lari keluar Albania, menduduki Italy, Greece, Macedonia dan lain-lain negara eropah. Orang-orang inilah yang banyak menghantar pulang wang ke negara mereka dan membangunkan kembali negara mereka sekarang.
Ditahun 1981, pemerintah komunis Albania telah dijatuhkan dan penubuhan sebuah negara Republik di Albania telah bermula. Sekurangnya dihari ini 15 tahun kemudian, kita dapat melihat bermulanya putik-putik akan kembalinya Islam di Albania.
Dari shkodder, perjalanan kami diteruskan ke bandar ibu kota Albania – Tirana.
Tirana – diduduki semenjak 10,000 tahun dahulu. Menjadi jalan laluan utama semasa empayar Rom dari pelabuhan Durrest ke Tirana dan kemudian Ohrid (sekarang Macedonia) dan ke Yunani (Geece). Tirana masih mempunyai bangunan-bangunan yang dibina semenjak zaman Uthmaniyyah dan selepas itu bangunan-bangunan yang dibina dizaman pemerintahan Itali, manakala kemudiannya bangunan pentadbiran yang banyak dibina dizaman Komunis. Tirana mempunyai sebuah binaan Masjid Lama yg unik yang dibina dizaman Uthmaniyyah yg masih lagi digunakan sehingga sekarang. Cuma masjid ini terlalu kecil untuk menampung jemaah yang ada. Sebuah masjid baru sedang dibina dikawasan tidak jauh dari masjid sekarang. Keunikan masjid lama Tirana ialah dibinaannya, yang mana ianya agak berbeza dengan binaan kebanyakan masjid-masjid Turki Uthmaniyyah. Masjid Albania menggabungkan rekabentuk tradisi Albania dan juga Masjid Uthmaniyyah.
Ada satu binaan piramid yang dibina untuk mengingati Enver Hoxha, yang mati ditahun 1990, seorang diktator Albania semasa pemerintahan komunis. Binaan ini dibiarkan tidak terjaga sebahgiannya dan dijaga sebahgian yang lain hanya kerana mereka ingin menunjukan perasaan rakyat Albania terhadap diktator ini. Mereka mengingati beliau dengan perasaan penuh kebencian !!
Dihadapan binaan piramid tersebut, ada pula binaan loceng. Loceng ini untuk mengingatkan rakyat Albania kepada skim piramid yang dilaksanakan oleh Kerajaan mereka. Skim ini sebagaimana skim-skim piramid lainnya telah runtuh apabila ianya telah tepu manakala dari sudut ekonomi ianya tidak mampu dan gagal membangunkan ekonomi rakyat.
Menjelang jam 3pm selepas makan tengahari dan solat jamak di Masjid Lama Tirana. Ya, kami tidak sempat untuk solat jumaat di sini hanya kerana Masjid ini kecil dan bas tidak punya tempat untuk parking semasa umat Islam setempat sibuk ke Mesjid kira-kira jam 12 tengahari Jumaat tadi. Di bawah ialah gambar Masjid Lama Tirana.
Kami meneruskan perjalanan menghala ke Ohrid. Perjalanan kami dari Tirana ke sempadan Albania- Macedonia mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kami sampai di bandar Ohrid, sebuah bandar di pinggiran Tasik Ohrid yang indah menjelang senja. Kami disambut oleh pemandu pelancung tempatan – Mr Ljupco Juzmeski, seorang pemandu pelancung Macedonia yang agak popular.
Bandar Ohrid adalah merupakan bandar indah ditepi tasik Ohrid. Ianya dihuni oleh masyarakat pelbagai agama – Kristian Katolik dan Ortodok, Islam dan Yahudi. Di Ohrid kami dibawa melawat bandar lama, kesan-kesan binaan Uthmaniah seperti masjidnya yang masih kukuh dan masih digunakan. Kami sempat solat Isyak berjemaah bersama dengan penduduk setempat yang kebanyakannya peniaga-peniaga muslim bandar Ohrid. Gambar-gambar di sekitar pekan Ohrid.
Macedonia sekarang mempunyai 2 juta penduduk. Islam hanyalah 30% di Macedonia yang majoriti diduduki oleh umat Kristian Orthodox. Sejarah Macedonia bermula seawal kurun ke 7 SM.
Alexandar the Great (Iskandar Zulkarnain) seorang penakluk empayar Macedonia dizaman sebelum masehi, dikatakan berasal dari macedonia. Alexander dikatakan telah menguasai bukan sahaja sebahgian besar eropah, utara Afrika, Iran (parsi) malah tentera mereka sampai ke India disebelah timur. Kisah dari AlQuran tentang Alexander (Iskandar Zulkarnain), menyatakan Iskandar Zulkarnain ialah Raja yang beriman telah bersama tenteranya telah berperang dan menguasai banyak wilayah dunia. Bila mereka sampai ke tempat paling timur, di mana matahari didapati turun kedalam tasik yang gelap, yang mana orang-orang disitu percakapan mereka hampir tidak difahami. Orang-orang disitu telah memohon Iskandar Zulkarnain membina tembok untuk melindungi mereka dari makhluk ganas yang memakan hampir segalanya yang ada dibumi. Makhluk yang diberi nama Yakjuj dan Makjuj (Gog dan Magog) dikatakan akan muncul lagi sekali diakhir zaman, apabila tembok yang dibina Iskandar Zulkarnain itu runtuh.
Macedonia diperintah Uthmaniyyah selama 500 tahun dikurun ke 15. Pada waktu itu, Skopje dan Monastir (Bitola) adalah ibukota kepada dua wilayah Uthmaniyyah yang berbeza (eyalets). Lembah Sungai Vardar iaitu kawasan macedonia hari ini diperintah Uthmaniyyah sehingga 1912.
Sepanjang sejarah, wilayah Macedonia sering menjadi rebutan diantara kuasa-kuasa besar tempatan – Bulgaria, Serbia, Uthmaniyyah dan juga Greece.
Semasa perang Balkan 1912, Macedonia ditawan Serbia, di tahun 1914-1915 ianya menjadi sebahgian Bulgaria dan ditahun 1929 selepas perang dunia I, menjadi sebahgian negara moden Yugoslavia
HARI KE 9 19/3: DARI OHRID KE BITOLA, MACEDONIA DAN TERUS KE KALAMBAKA, GREECE
Paginya dari Ohrid kami meneruskan perjalananan ke Bandar Bitola, bandar kedua terpenting di Macedonia selepas ibu negara Skopje. Perjalanan ke Bitola dari Ohrid mengambil masa lebih kurang dua jam. Dalam perjalanan kami dibawa melawat sebuah tasik yg pemandangan dikelilingi gunung-gunung bersalji dipinggiran tasik Ohrid. Sungguh Indah !!
Jam 11am kami sampai ke Bitola. Bandar ini tempat lahirnya Mustafa Kamal At-Taturk, dimana semasa sebelum perang dunia I, Macedonia berada dibawah pemerintahan Uthmaniyyah. Ramai pemimpin Macedonia masa itu, menjadi pemimpin empayar Uthmaniyyah. AttaTurk yang memenangi perang Galipolli semasa perang dunia I, yang masih mampu mempertahankan Turki diwaktu Turki berada disaat yang paling lemah dari dikuasai kuasa Barat. AttaTurk telah menjadi hero kepada bukan sahaja rakyat Turki tetapi juga rakyat Macedonia.
Di Bitola kami dibawa melawat bandar lama tersebut, kiri kanan ialah kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan. Pemandangan biasa bazaar di negara Balkan. Perkara yang istimewa tentang Bitola, terdapat beberapa buah binaan Uthmaniyyah termasuk dua buah Masjid yang besar dan indah yang telah runtuh disebabkan perang. Masjid-masjid ini sedang dipulihkan kembali dengan bantuan negara Turki.
Kami makan tengahari di Bitola. Dari Bitola kami bergerak keluar dari bandar tersebut, jam 3pm kearah selatan untuk memasuki negara Greece ke Kalambaka.
Sempadan Greece tidak jauh dari bandar Bitola. Menjelang jam 4 hari ke 9, kami sudah selamat memasuki Greece. Perjalanan masih lagi melalui kawasan pergunungan yang kadangkala diliputi salji, menjelang senja kami sampai ke bandar Kalambaka, daerah Meteora di Greece. Tour Guide tempatan, telahpun menunggu kami untuk membawa kami melawat persekitaran Kalambaka.
Kalambaka ialah kawasan Monastry – tempat tinggal Monk dan Nun. Suatu kehidupan pengabdian diri menjadi hamba kepada tuhan. Mereka yang mengabdikan diri dengan kehidupan sebegini ialah mereka yang membuang dunia, sebagaimana juga sami-sami budha, mereka banyak pantang larangnya. Di bawah ialah gambar Gunung Batu Kalambaka dan di sebelah kirinya ialah gambar salah satu Monastri yang masih aktif di hari ini.
Islam berbeza dalam konsep pengabdian diri kepada Allah swt. Islam mewajibkan kesemua umatnya untuk menjadi hamba kepada Allah (Abdullah) yang diwajibkan ibadah asas selepas bersaksi akan kebenaran Allah swt dan RasulAllah saw. Ibadah seperti solat, puasa, haji dan zakat diwajibkan sebagai tanda menifestasi hamba kepada Tuhannya. Manakala Islam tidak menuntut umatnya membuang dunia, mereka dituntut untuk menjadi Rahmatan Lil Alamin – sebagai Khalifah Allah di dunia ini, yang menjadi rahmat kepada alam dan setiap milik yang dikurniakan kepada kita dijadikan jambatan untuk mendapatkan pahala sebagai menafaat di akhirat.
Kita umat Islam dibenarkan Allah untuk memiliki harta, ilmu dan anak dan pahala yang berpanjangan ialah apabila harta, ilmu dan anak digunakan untuk kebaikan ummah !!
HARI KE 10 20/3: DARI KALAMBAKA GREECE KE ATHENS
Awal pagi selepas breakfast kami sekali lagi dibawa mengelilingi pergunungan batu Kalambaka dan melihat bagaimana binaan monastri dibuat di puncak gunung-gunung batu. Kemudian kami memulakan perjalanan ke Athens. Kami sampai ke Athens jam 5pm, hari sebelum. Selesai checkin, Kami diberikan waktu untuk membuat last minute shopping. Ada yang mengambil Metro underground untuk melawati tempat-tempat untuk shopping dan ada beberapa orang ikut saya ke Plaka. Plaka ialah kawasan kejiranan yang dibina di atas kawasan kediaman bandar purba Athens. Ia dikenali sebagai “Neighborhood of the Gods” kerana berdekatan dengan Acropolis dan banyak tapak arkeologinya.
HARI KE 11 21/3: ATHENS, ISTANBUL DAN KUALA LUMPUR
Keesokan pagi-pagi jam 8am kami dibawa melawat ke beberapa tempat menarik disekitar Athens – Olympian, Syntagma Square, Parliament House, Stadium dan kemuncaknya Acropolis. Jam 11am kami berkumpul untuk bertolak balik ke Airport. Flight Turkish Airlines kami jam 2.30pm akan transit di Istanbul dan dijangka sampai ke KLIA jam 12am 22/3. Begitulah berakhirnya KEMBARA ILMU DAN AMAL KE BALKAN&GREECE dari 10-22 MAC 2016. Alhamdulillah, kami semua masih selamat dan sihat walaupun banyak hari tak jumpa nasi !!
Morocco atau Maghribi, tanah di mana Sahara bertemu dengan laut, di mana pasar-pasar dari zaman pertengahan masih sibuk berjual beli dan juga bergema dengan azan dari menara-menara Masjid yang binaannya begitu unik dan indah. Morocco, adalah negara yang punya daya tarikan berbeza semestinya tidak dapat dilupakan. Daripada pasaraya Marrakech yang sibuk ke lorong biru kompleks perumahan di Chefchaouen dan bukit pasir Sahara yang luas, Maghribi menawarkan perjalanan yang kaya dengan sentuhan sejarah, budaya dan alam semula jadi.
Morocco dari segi sejarah telah menyumbang kepada pembentukan Andalusia dan kemudiannya kepada pembentukan negara Morocco setelah kejatuhan Andalusia. Morocco juga terkenal dengan keunikan tamaddun Islam mereka yang tersendiri termasuklah pasarnya yang masih kekalkan konsep zaman pertengahan.
Wilayah yang membentuk negara Maghribi telah didiami sejak zaman purba Paleolitik lebih 300,000 tahun dahulu. Dinasti Idrisid telah ditubuhkan oleh Idris I pada tahun 788 dan Maghribi kemudiannya diperintah oleh beberapa siri dinasti bebas lain, Maghribi mencapai kemuncaknya sebagai kuasa serantau pada abad ke-11 dan ke-12, di bawah dinasti Almoravid dan Almohad, apabila ia menguasai sebahagian besar semenanjung Iberia dan Iberia. Berabad-abad lamanya berlaku penghijrahan bangsa Arab ke Maghreb iaitu sejak abad ke-7 yang telah mengubah rupa demografi rantau itu. Pada abad ke-15 dan ke-16, Maghribi telah menghadapi ancaman luar terhadap kedaulatannya, dimana Portugal telah berjaya merampas beberapa wilayahnya, manakala Empayar Uthmaniyyah telah menceroboh dari timur. Dinasti Marinid dan Saadi sebaliknya telah berusaha membuat penentangan terhadap penguasaan asing, dimana Maghribi adalah satu-satunya negara Afrika Utara yang berjaya bebas dari kekuasaan Uthmaniyyah. Dinasti ‘Alawi, yang memerintah negara itu hingga ke hari ini, telah melakukan rampasan kuasa pada tahun 1631, dan dalam dua abad berikutnya meluaskan hubungan diplomatik dan komersial dengan dunia Barat. Lokasi strategik Maghribi berhampiran muara Mediterranean menarik minat Eropah dizaman pembaharuan; apabila pada tahun 1912, Perancis dan Sepanyol telah berjaya menguasai dan membahagikan negara itu kepada negeri-negeri naungan masing-masing, mengekalkan zon antarabangsa di Tangier. Disebabkan rusuhan dan pemberontakan yang sentiasa berlaku terhadap pemerintahan kolonial, pada tahun 1956, Maghribi telah memperoleh semula kemerdekaannya dan bersatu semula sebagai satu negara.
Sejak merdeka, Maghribi kekal stabil. Ia mempunyai ekonomi kelima terbesar di Afrika dan mempunyai pengaruh penting di kedua-dua dunia Afrika dan Arab; ia juga dianggap sebagai kuasa pertengahan dalam hal ehwal global dan memegang keahlian dalam Liga Arab, Kesatuan Maghreb Arab, Kesatuan untuk Mediterranean, dan Kesatuan Afrika. Maghribi adalah negara monarki berperlembagaan dengan sistem berparlimen yang mana wakil-wakil rakyat dipilih. Cabang eksekutif diketuai oleh Raja Maghribi dan perdana menteri, manakala kuasa perundangan terletak pada dua dewan parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Ahli Majlis. Kuasa kehakiman terletak pada Mahkamah Perlembagaan, yang boleh menyemak kesahihan undang-undang, pilihan raya, dan referendum. Raja memegang kuasa eksekutif dan perundangan yang luas, terutamanya ke atas ketenteraan, dasar luar dan hal ehwal agama; dia boleh mengeluarkan dekri yang dipanggil dahir, yang mempunyai kuasa undang-undang, dan juga boleh membubarkan parlimen selepas berunding dengan perdana menteri dan presiden mahkamah perlembagaan.
Xi’an, yang pernah dikenali sebagai Chang’an, adalah salah satu penempatan tertua di China. Ianya merupakan perhentian di sebelah timur bagi Jalan Sutera satu ketika dulu. Walaupun terkenal dengan Pahlawan Terracotta dan sejarah empayar yang silih berganti, Xi’an juga merupakan permata tersembunyi untuk warisan dan budaya Islam. Xi’an merupakan kota kepada salah satu komuniti Islam tertua dan juga paling berkembang maju di negara China. Bandar Xi’an menawarkan kehidupan dan kebudayaan yang menggabungkan tradisi Cina dan Islam yang unik. Jom kita terokai tarikan popular Muslim di Xi’an.
Penempatan Muslim Xi’an (Xi’an Muslim Quarter) merupakan kawasan perbandaran yang dilingkari jalan yang dipenuhi dengan makanan dan barangan komersial yang terletak di bahagian tengah Xi’an, China. Ia terletak berhampiran dengan Menara Loceng dan Menara Drum. Jalan Shehui di timur, Lorong Zaoci di barat, Jalan Barat di selatan, dan Jalan Hongfu di utara. Terdapat sepuluh masjid di kawasan itu. Masjid yang terbesar ialah Masjid Agung, yang disenaraikan sebagai warisan terpelihara peringkat negeri untuk bangunan tradisional dan kepentingan keagamaan. Menurut statistik demografi pada tahun 2010, kira-kira 60,000 orang tinggal di kawasan ini, lebih separuh daripadanya adalah Huis dan yang lain adalah majoriti Han. Dalam beberapa dekad yang lalu, Penempatan Muslim Xi’an telah menjadi tapak pelancongan terkenal yang dikenali dengan budaya dan makanannya. Ia telah menarik pengunjung dari seluruh dunia setiap tahun.
Sejarah Penempatan Muslim Xi’an boleh dikesan semenjak dari zaman dinasti Tang, apabila pedagang Islam datang dan berkumpul di Chang’an, Xi’an hari ini, melalui Jalan Sutera. Selepas itu, dari Dinasti Lima hingga ke Dinasti Song, penduduk Islam mula menetap di sekitar Jalan Da Xuexi dan Masjid Besar Huajue. Kemudian, semasa dinasti Ming, dewan bandar Xi’an terletak di sebelah menara dram, adalah merupakan bangunan tradisional yang digunakan untuk penentuan masa, tak jauh dari penempatan itu. Penempatan ini telah berjaya mengumpulkan sejumlah besar pedagang kaya dan dari itu telah memupuk kehidupan komersial yang diterajui oleh orang Islam di dalam penempatan tersebut. Mengikuti tulisan semasa dinasti Ming, rekabentuk “Tiga Masjid dan Tiga Belas Blok” sebenarnya telah dibentuk semasa dinasti Qing. Walaupun Pemberontakan Islam Shan Gan pada lewat dinasti Qing telah merosakkan sejumlah besar kawasan kejiranan Islam di Barat Laut China, Penempatan Xi’an tidak terjejas kerana statusnya yang sangat komersial dan lokasi yang dilindungi di dalam tembok bandar. Masjid Tengah dan Masjid Barat dibina masing-masing pada tahun 1919 dan 1920, yang seterusnya telah berkembang kepada “Sembilan Masjid”.
Melancong ke wilayah yang satu ketika makmur dengan puisi dan dipenuhi Istana zaman berzaman iaitu negara Iran bagi menyaksikan tinggalan pemerintahan Islam diketika zaman kemakmuran Islam di sana. Bandar-bandar lama seperti Qazvin dan Shiraz punyai banyak keunikan yang juga membantu kearah zaman keagongan Islam.
Sebuah pusat tamadun awal manusia, Iran telah didiami sejak zaman awal Palaeolitik. Sebahagian besar Iran pertama kali disatukan sebagai entiti politik oleh Medes di bawah Cyaxares pada abad ketujuh SM, dan mencapai kemuncak wilayahnya pada abad keenam SM, apabila Cyrus the Great mengasaskan Empayar Achaemenid, salah satu yang terbesar dalam sejarah kuno. Raja Iskandar Zulkarnain telah menakluki empayar itu pada abad keempat SM. Pemberontakan Iran telah menubuhkan Empayar Parthia pada abad ketiga SM dan membebaskan negara itu, yang digantikan oleh Empayar Sasanian pada abad ketiga Masihi. Iran purba melihat beberapa perkembangan terawal penulisan, pertanian, perbandaran, agama dan kerajaan yang berpusat. Zaman Sasanian dianggap sebagai zaman keemasan dalam sejarah tamadun Iran. Orang Islam menakluki wilayah itu pada abad ketujuh Masihi, membawa kepada pengislaman Iran. Kesusasteraan, falsafah, matematik, perubatan, astronomi dan seni yang telah berkembang semasa era Sasania telah diperbaharui semasa Zaman Keemasan Islam dan Renaissance Parsi, apabila beberapa siri dinasti Islam Iran menamatkan pemerintahan yang pada asalnya dari bangsa Arab, yang berjaya menghidupkan semula bahasa Parsi dan memerintah negara sehingga penaklukan Seljuk dan Mongol pada abad ke-11 hingga ke-14.
Pada abad ke-16, dinasti Safavid asli menubuhkan semula negara Iran yang menjadikan Shiah Imam 12 sebagai agama rasmi. Semasa Empayar Afsharid pada abad ke-18, Iran adalah kuasa dunia yang terkemuka, tetapi ini tidak lagi berlaku selepas Qajar mengambil alih kuasa pada tahun 1790-an. Awal abad ke-20 menyaksikan Revolusi Perlembagaan Parsi dan penubuhan dinasti Pahlavi oleh Reza Shah, yang berjaya menggulingkan Qajar shah yang terakhir pada tahun 1925. Percubaan Mohammad Mosaddegh untuk memiliknegarakan industri minyak membawa kepada rampasan kuasa Inggeris-Amerika pada tahun 1953. Selepas Revolusi Iran, kerajaan Reza Shah telah digulingkan oleh Ruhollah Khomeini, yang menjadi Pemimpin Tertinggi negara yang pertama.
Uzbekistan, terletak di tengah-tengah Asia Tengah, merupakan tanah di mana gema sejarah dan budaya Islam bergema sehingga ke hari ini. Dengan kota-kota silamnya, masjid-masjidnya yang berdiri megah, dan kisah-kisah ulama dalam pelbagai bidang ilmu, Uzbekistan menawarkan perjalanan yang memberikan kesan mendalam ke dalam jiwa terutama atas perkara yang berkait dengan tamadun Islam. Sama ada anda seorang pengembara, ahli sejarah atau mencari ilmu kerohanian, warisan Islam Uzbekistan menjanjikan pengalaman yang sangat unggul.
Seringkali pengembara berkunjung ke Uzbekistan bagi menyaksikan tinggalan pemerintahan Islam semasa zaman kemakmuran Islam di sana. Bandar-bandar seperti Samarkand dan Bukhara punyai banyak keunikan yang membantu membentuk zaman keagongan Islam.
Peneroka pertama yang direkodkan di tanah Uzbekistan moden ialah nomad Iran Timur, dikenali sebagai Scythians, yang mengasaskan kerajaan di Khwarazm, Bactria, dan Sogdia pada abad ke-8–6 SM, kemudian diikuti oleh Kerajaan Fergana dan Margiana pada abad ke-3 SM hingga keabad ke-6 Masihi. Kawasan itu dimasukkan ke dalam Empayar Achaemenid dan, selepas tempoh pemerintahan Yunani-Baktria dan kemudian oleh Empayar Sasania, sehingga penaklukan oleh orang Islam ke atas Persia pada abad ketujuh. Penaklukan Muslim di peringkat awal dengan Empayar Samanid telah mengislamkan kebanyakan penduduk. Dalam tempoh itu, bandar-bandar mula menjadi kaya dari kemakmuran Jalan Sutera, dan telah menjadi salah satu pusat yang membina Zaman Keemasan Islam. Dinasti Khwarazmian telah dimusnahkan oleh pencerobohan Mongol pada abad ke-13, yang telah membawa kepada dominasi oleh orang Mongol. Empayar Timurid di abad ke-14 telah ditubuhkan oleh Timur. Ibu kotanya ialah Samarkand, yang menjadi pusat sains di bawah pemerintahan Ulugh Beg, yang kemudian melahirkan “Timurid Renaissance” – Kebangkitan kepada ilmu Sains, Matematik dan Seni. Wilayah-wilayah dinasti Timurid telah kemudiannya ditakluki oleh Kipchak Shaybanids pada abad ke-16. Penaklukan oleh Maharaja Babur ke arah timur membawa kepada sebahgian Empayar Mughal di India. Kebanyakan Asia Tengah secara beransur-ansur dimasukkan ke dalam Empayar Rusia pada abad ke-19, dengan Tashkent menjadi pusat politik Turkestan Rusia. Pada tahun 1924, persempadanan negara mewujudkan Republik Sosialis Soviet Uzbekistan sebagai sebuah republik Kesatuan Soviet. Ia mengisytiharkan kemerdekaan sebagai Republik Uzbekistan pada tahun 1991.
Nama Andalusia berasal daripada perkataan Arab Al-Andalus (الأندلس), yang seterusnya mungkin berasal daripada suku Vandal, Goth atau puak Iberia sebelum zaman Rom. Sejarah dan budaya rantau ini telah dipengaruhi oleh Tartessians, Iberians, Phoenicians, Carthaginians, Greeks, Romans, Vandals, Visigoth, Byzantines, Berbers, Arab, Yahudi, Romanis dan Castilians. Semasa Zaman Kegemilangan Islam, Córdoba mengatasi Constantinople untuk menjadi bandar terbesar di Eropah, dan menjadi ibu kota Al-Andalus dan pusat pendidikan dan pembelajaran yang terkemuka di dunia, menghasilkan ramai ahli falsafah dan saintis. Raja Kristian dari wilayah utara semenanjung Iberia iaitu Castile telah berjaya menakluk dan menetap di Lembah Guadalquivir, Andalusia pada abad ke-13. Bahagian timur pergunungan Andalusia (Emirat Granada) telah ditakluk oleh tentera Kristian pada akhir abad ke-15. Pelabuhan yang menghadap Atlantik telah berkembang pesat selepas perdagangan dengan Dunia Baru.
Andalusia sejak dahulu merupakan wilayah pertanian yang subur, berbanding dengan tempat lain di Sepanyol dan juga Eropah. Namun, hari ini pertumbuhan komuniti dalam sektor industri dan perkhidmatan adalah di atas paras purata di Sepanyol dan lebih tinggi daripada kebanyakan komuniti di Zon Euro. Wilayah ini mempunyai budaya yang kaya dengan identiti yang kuat. Banyak fenomena budaya yang dilihat di peringkat antarabangsa sebagai berasal Sepanyol sebenarnya berasal dari Andalusia. Ini termasuk tarian flamenco dan, dan juga, laga lembu manakala ciri seni bina Hispano-Moor, yang kedua-duanya ditemui juga di beberapa wilayah lain di Sepanyol. Kawasan pedalaman Andalusia ialah kawasan paling panas di EU.
Kahirah merupakan bandar kepada lebih daripada 10 juta orang penduduk. Ia juga merupakan sebahagian daripada berkumpulnya ikon-ikon bersejarah yang terbesar di Afrika, dunia Arab, dan Timur Tengah. Wilayah Kaherah hari ini meliputi bandar lama Kahirah iaitu sebahagian daripada wilayah Mesir purba, kerana kompleks piramid di Giza dan bandar-bandar purba seperti Memphis dan Heliopolis terletak di sini. Kahirah terletak berhampiran Delta Sungai Nil, merupakan sebuah penempatan sejak dahulu yang dikenali sebagai Fustat. Fustat masuk ke dalam wilayah Islam apabila ditakluk tentera Islam pada tahun 641. Ianya terletak bersebelahan dan tidak jauh dari kubu tentera Rom silam iaitu Kubu Babylon.
Kaherah diasaskan oleh dinasti Fatimiyah pada tahun 969. Ia kemudiannya menggantikan Fustat sebagai pusat bandar utama semasa zaman Ayyubid dan Mamluk (abad ke-12–16). Sejak dari awal lagi, Kaherah telah menjadi pusat kehidupan politik dan budaya yang bersejarah, dan diberi gelaran “kota seribu menara” kerana keutamaan seni bina Islamnya. Pusat bersejarah Kaherah telah dianugerahkan status Tapak Warisan Dunia pada tahun 1979.
Istanbul berkhidmat sebagai ibu kota empayar selama hampir 1600 tahun: ianya merangkumi empayar Byzantine awal (330–1204), Latin (1204–1261), Byzantine terkemudian (1261–1453), dan Uthmaniyyah (1453–1922). Bandar ini telah berkembang sekian lama dari segi saiz dan pengaruh, akhirnya menjadi mercu tanda kepada Jalan Sutera dan salah satu bandar terpenting dalam sejarah dunia. Bandar ini memainkan peranan penting dalam kemajuan agama Kristian pada zaman Rom dan Byzantine, menjadi tuan rumah kepada empat daripada tujuh majlis ekumenikal yang pertama sebelum transformasinya kepada kubu kuat Islam berikutan kejatuhan Constantinople pada 1453 CE—Ia itu setelah menjadi pusat pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah pada tahun 1517. Sebelum 1517, Khalifah Uthmaniyyah berpusat di bandar Bursa. Pada tahun 1923, selepas Perang Kemerdekaan Turki, Ankara menggantikan bandar itu sebagai ibu negara Republik Turki yang baru dibentuk dengan berakhirnya kesultanan Uthmaniyyah.
Melancong ke kota Istanbul bukan hanya sekadar melancong ke sebuah bandar bersejarah — keunikannya menjanjikan pengalaman yang akan terus menerus teguh tertanam dilipatan memori. Kota Istanbul ialah di mana dunia Timur bertemu dengan dunia Barat, di mana empayar bangkit dan jatuh, dan di mana setiap sudut jalan membisikkan kisah-kisah perjuangan manusia dari zaman ke zaman. Sama ada anda penggemar sejarah, penggemar makanan atau pengembara biasa-biasa, Istanbul semestinya mempunyai sesuatu yang ajaib untuk anda.
Jordan, secara rasmi merupakan sebuah Kerajaan Bani Hashim, ianya adalah sebuah negara yang menempati rantau Levant Selatan di Asia Barat. Jordan bersempadan dengan Syria di utara, Iraq di timur, Arab Saudi di selatan, dan Israel serta wilayah Palestin yang diduduki di barat. Sungai Jordan, mengalir ke Laut Mati, terletak di sepanjang sempadan barat negara dalam Lembah yang memisahkan Jordan. Jordan mempunyai garis pantai kecil di sepanjang Laut Merah di barat dayanya, dipisahkan oleh Teluk Aqaba dari Mesir. Amman ialah ibu negara dan bandar terbesar, serta bandar paling ramai penduduk di Levant.
Saksikan penubuhan beberapa bandar di Transjordan yang terdiri daripada Dekapolis. Kemudian, selepas berakhirnya pemerintahan Byzantine, wilayah itu menjadi sebahagian daripada wilayah dibawah pemerintahan khalifah Islam Ar-Rasyidin, Umayyah, Abbasiyah, dan Uthmaniyyah. Apabila berlaku pemberontakan besar Arab ditahun 1916 semasa Perang Dunia I, bekas negara Syria Uthmaniyyah telah dibahagikan oleh kuasa Barat kepada beberapa wilayah , yang dari situ telah membawa kepada penubuhan kerajaan beraja Transjordan pada tahun 1921, yang menjadi sebahgian dari wilayah naungan British. Pada tahun 1946, negara itu mencapai kemerdekaan dan secara rasmi dikenali sebagai Kerajaan Bani Hashim Jordan. Jordan telah menawan dan menguasai Tebing Barat semasa perang Palestin 1948 tetapi kemudiannya telah ditawan oleh Israel pada tahun 1967. Jordan melepaskan tuntutannya ke atas wilayah itu kepada Palestin pada tahun 1988 dan menandatangani perjanjian damai dengan Israel. Bagi pelancong yang ingin ke Baitul Maqdis, mereka boleh memasukinya dari Jordan.