Kembara DIY Mesir 5H4M: Iskandariah & Kaherah – Januari 2012

Tarikh perjalanan: 8 Januari 2012
Selepas selesai memberi latihan kepada pegawai-pegawai MIDA tentang pengurusan laman web versi Arab MIDA, saya dan isteri mengambil peluang singkat untuk menjelajah bumi Mesir. Kami menempah tiket penerbangan flyDubai ke Iskandariah (Alexandria) dan memulakan kembara ringkas penuh memori.

🏖 Iskandariah – Bandar Pantai Bersejarah
Kami menginap satu malam sahaja di Iskandariah, sebuah bandar pantai yang berhadapan dengan Laut Mediterranean. Setibanya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Alexandria, kami agak terkejut melihat saiz lapangan terbang itu yang lebih kurang sebesar Lapangan Terbang Kota Bharu Kelantan ketika itu — kecil tetapi padat dan berfungsi.

Dari lapangan terbang, kami menaiki sebuah teksi model FIAT 124 — klasik dan masih banyak digunakan di Mesir — menuju ke hotel kami yang terletak di tepi pantai. Cara mereka memandu tak banyak bezanya dengan India apabila hon dibunyikan sepanjang jalan menjadi irama yang dipaksa untuk masuk ke telinga kita. Cuaca nyaman dan pemandangan laut Iskansariah yang tenang benar-benar menyegarkan selepas bebanan tugasan kerja.

Antara tempat menarik yang sempat kami lawati di Iskandariah:

  1. 🏰 Qaitbay Citadel – Sebuah kubu bersejarah yang dibina di tapak rumah api purba Pharos of Alexandria, salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Kuno.
  2. 🌴 Montaza Palace – Kompleks diraja dengan taman-taman yang luas dan pemandangan yang indah.
Di tepi pantai Laut Meditrenean Kota Iskandariah
Di tepi pantai Laut Meditrenean Kota Iskandariah

🚆 Perjalanan ke Kaherah – Kota Seribu Menara
Keesokan harinya, kami menaiki kereta api dari Iskandariah ke Kaherah (Cairo). Hotel kami di Kaherah terletak berhampiran dengan stesen kereta api, memudahkan pergerakan kami di kota besar ini.

Kami menetap selama 3 malam di Kaherah, dan menjelajah kota menggunakan pelbagai bentuk pengangkutan awam termasuk tren dan subway. Suasana kota yang padat dan penuh sejarah memberi kami pengalaman yang berbeza.

Antara tempat yang kami lawati di Kaherah:

Di hadapan Piramid Giza
Di hadapan Piramid Giza
Menaiki Unta melintasi Piramid Giza
Menaiki Unta melintasi Piramid Giza
Unta dan Piramid Giza 3
Kembara DIY Mesir 5H4M: Iskandariah & Kaherah – Januari 2012 13
  1. 🏜 Piramid Giza dan Sphinx – Tiada lawatan ke Mesir lengkap tanpa menyaksikan keagungan binaan purba ini. Kagum melihat betapa hebatnya ketamadunan silam.
  2. 🕌 Masjid Al-Azhar – Kami sempat singgah menunaikan solat di masjid bersejarah ini, pusat ilmu Islam yang tersohor.
  3. 🛍 Membeli-belah di tepi jalan – Suasana pasar jalanan sangat meriah, dengan pelbagai barangan tempatan, cenderamata, dan tawar-menawar yang menjadi sebahagian budaya mereka.
  4. 🏛 Muzium Mesir, Kaherah – Khazanah Firaun Sepanjang Zaman. Muzium terletak di Medan Tahrir, pusat kota Kaherah, Muzium Mesir (Egyptian Museum) adalah sebuah destinasi wajib bagi sesiapa yang berminat dengan sejarah purba Mesir. Dibuka pada tahun 1902, muzium ini menempatkan koleksi artifak Mesir purba terbesar di dunia, lebih daripada 120,000 item, termasuk harta karun para firaun, mumi, patung, manuskrip dan barang peribadi dari zaman ribuan tahun dahulu.
Di hadapan Egypt Muzeum
Di hadapan Egypt Muzeum
Di hadapan Egypt Muzeum
Kembara DIY Mesir 5H4M: Iskandariah & Kaherah – Januari 2012 14

🏺 Apa Yang Menarik di Muzium Mesir?

i. Galeri Tutankhamun
Ini adalah bahagian paling terkenal di muzium. Firaun muda yang naik takhta pada usia 9 tahun ini mungkin tidak begitu besar jasanya dari segi pemerintahan, tetapi makamnya ditemui hampir sempurna oleh Howard Carter pada tahun 1922. Di sini anda boleh melihat:

  • Topeng emas Tutankhamun – salah satu artifak paling ikonik dunia.
  • Peti emas, perhiasan, senjata, dan kereta kuda.
  • Barang peribadi raja yang dikuburkan bersamanya.
Mumi Firaun di Muzium Mesir
Mumi Firaun di Muzium Mesir

ii. Bilik Mumi Diraja (Royal Mummy Room)
Sebuah bilik khas dan berbayar (tambahan tiket), yang menempatkan mumi sebenar firaun-firaun terkenal seperti:

  • Ramses II – firaun agung yang disebut dalam banyak teks sejarah.
  • Seti I, Thutmose III dan lain-lain.
    Melihat mumi dari dekat adalah pengalaman yang benar-benar menggetarkan — bagaimana tubuh mereka masih terpelihara selepas lebih 3,000 tahun.

iii. Artifak Zaman Purba Lain

  • Patung besar Ramses II, Amenhotep III, dan banyak lagi.
  • Manuskrip purba di atas papyrus.
  • Koleksi harian rakyat Mesir purba – peralatan dapur, permainan kanak-kanak, dan barangan kosmetik.

🗺 Suasana dan Reka Bentuk Muzium
Bangunan muzium bergaya neoklasik ini sendiri adalah sebahagian daripada warisan. Dengan ruang yang padat, suasananya agak “klasik” dan tidak se-moden muzium lain, tetapi di sinilah letaknya aura arkeologi sebenar.

Baru-baru ini, banyak artifak diraja telah mula dipindahkan ke Grand Egyptian Museum (GEM) yang lebih moden dan berdekatan Giza, tetapi Muzium Mesir lama ini masih sangat berbaloi untuk dikunjungi.

💡 Tips Melawat:
📸 Ambil gambar hanya dibenarkan di beberapa bahagian. Royal Mummy Room biasanya tidak membenarkan fotografi.
🕰 Luangkan sekurang-kurangnya 2-3 jam untuk melihat bahagian penting.
🎧 Ambil pemandu pelancong atau audio guide – kerana banyak pameran tidak ada penjelasan mendalam.

💵 Tiket masuk berbeza untuk warganegara asing dan pelajar. Simpan pasport untuk pengesahan harga.

Di hadapan Stesen Keretapi Kahirah
Di hadapan Stesen Keretapi Kahirah
Di Stesen tren Giza
Di Stesen tren Giza
Di tepi sungai di Kota Kahirah
Di tepi sungai di Kota Kahirah

✨ Akhir Kalam
Muzium Mesir bukan sekadar tempat menyimpan barang lama — ia adalah gerbang ke masa lalu, di mana setiap patung dan perhiasan menceritakan kisah agung tamadun yang pernah berdiri megah. Ia adalah pengalaman wajib bagi sesiapa yang ingin memahami warisan Mesir purba dari dekat dan penuh rasa kagum

Walaupun lawatan kami ke Mesir kali ini singkat, pengalaman menjejakkan kaki ke bumi penuh sejarah ini sangat bermakna. Dari pantai indah Iskandariah ke keajaiban tamadun di Giza, melawat Masjid Al-Azhar dan Muzium Mesir semuanya meninggalkan kesan mendalam buat kami berdua.

Jika anda bercadang ke Mesir, pastikan sempat merasai sendiri pengalaman menaiki kereta api antara bandar, menjelajah bazar rakyat, dan melihat sendiri bukti sejarah besar yang pernah berdiri gagah di bumi ini.

Morocco: 8 Lokasi Paling Menarik yang Penuh Keajaiban

Morocco atau Maghribi, tanah di mana Sahara bertemu dengan laut, di mana pasar-pasar dari zaman pertengahan masih sibuk berjual beli dan juga bergema dengan azan dari menara-menara Masjid yang binaannya begitu unik dan indah. Morocco, adalah negara yang punya daya tarikan berbeza semestinya tidak dapat dilupakan. Daripada pasaraya Marrakech yang sibuk ke lorong biru kompleks perumahan di Chefchaouen dan bukit pasir Sahara yang luas, Maghribi menawarkan perjalanan yang kaya dengan sentuhan sejarah, budaya dan alam semula jadi.

Morocco dari segi sejarah telah menyumbang kepada pembentukan Andalusia dan kemudiannya kepada pembentukan negara Morocco setelah kejatuhan Andalusia. Morocco juga terkenal dengan keunikan tamaddun Islam mereka yang tersendiri termasuklah pasarnya yang masih kekalkan konsep zaman pertengahan.

Wilayah yang membentuk negara Maghribi telah didiami sejak zaman purba Paleolitik lebih 300,000 tahun dahulu. Dinasti Idrisid telah ditubuhkan oleh Idris I pada tahun 788 dan Maghribi kemudiannya diperintah oleh beberapa siri dinasti bebas lain, Maghribi mencapai kemuncaknya sebagai kuasa serantau pada abad ke-11 dan ke-12, di bawah dinasti Almoravid dan Almohad, apabila ia menguasai sebahagian besar semenanjung Iberia dan Iberia. Berabad-abad lamanya berlaku penghijrahan bangsa Arab ke Maghreb iaitu sejak abad ke-7 yang telah mengubah rupa demografi rantau itu. Pada abad ke-15 dan ke-16, Maghribi telah menghadapi ancaman luar terhadap kedaulatannya, dimana Portugal telah berjaya merampas beberapa wilayahnya, manakala Empayar Uthmaniyyah telah menceroboh dari timur. Dinasti Marinid dan Saadi sebaliknya telah berusaha membuat penentangan terhadap penguasaan asing, dimana Maghribi adalah satu-satunya negara Afrika Utara yang berjaya bebas dari kekuasaan Uthmaniyyah. Dinasti ‘Alawi, yang memerintah negara itu hingga ke hari ini, telah melakukan rampasan kuasa pada tahun 1631, dan dalam dua abad berikutnya meluaskan hubungan diplomatik dan komersial dengan dunia Barat. Lokasi strategik Maghribi berhampiran muara Mediterranean menarik minat Eropah dizaman pembaharuan; apabila pada tahun 1912, Perancis dan Sepanyol telah berjaya menguasai dan membahagikan negara itu kepada negeri-negeri naungan masing-masing, mengekalkan zon antarabangsa di Tangier. Disebabkan rusuhan dan pemberontakan yang sentiasa berlaku terhadap pemerintahan kolonial, pada tahun 1956, Maghribi telah memperoleh semula kemerdekaannya dan bersatu semula sebagai satu negara.

Sejak merdeka, Maghribi kekal stabil. Ia mempunyai ekonomi kelima terbesar di Afrika dan mempunyai pengaruh penting di kedua-dua dunia Afrika dan Arab; ia juga dianggap sebagai kuasa pertengahan dalam hal ehwal global dan memegang keahlian dalam Liga Arab, Kesatuan Maghreb Arab, Kesatuan untuk Mediterranean, dan Kesatuan Afrika. Maghribi adalah negara monarki berperlembagaan dengan sistem berparlimen yang mana wakil-wakil rakyat dipilih. Cabang eksekutif diketuai oleh Raja Maghribi dan perdana menteri, manakala kuasa perundangan terletak pada dua dewan parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Ahli Majlis. Kuasa kehakiman terletak pada Mahkamah Perlembagaan, yang boleh menyemak kesahihan undang-undang, pilihan raya, dan referendum. Raja memegang kuasa eksekutif dan perundangan yang luas, terutamanya ke atas ketenteraan, dasar luar dan hal ehwal agama; dia boleh mengeluarkan dekri yang dipanggil dahir, yang mempunyai kuasa undang-undang, dan juga boleh membubarkan parlimen selepas berunding dengan perdana menteri dan presiden mahkamah perlembagaan.

Untuk membaca artikel penuh,klik di sini: Destinasi.Trveria.Biz

6 Tempat Paling Istimewa di Mesir untuk Pencinta Sejarah sambil Bersantai

Kahirah merupakan bandar kepada lebih daripada 10 juta orang penduduk. Ia juga merupakan sebahagian daripada berkumpulnya ikon-ikon bersejarah yang terbesar di Afrika, dunia Arab, dan Timur Tengah. Wilayah Kaherah hari ini meliputi bandar lama Kahirah iaitu sebahagian daripada wilayah Mesir purba, kerana kompleks piramid di Giza dan bandar-bandar purba seperti Memphis dan Heliopolis terletak di sini. Kahirah terletak berhampiran Delta Sungai Nil, merupakan sebuah penempatan sejak dahulu yang dikenali sebagai Fustat. Fustat masuk ke dalam wilayah Islam apabila ditakluk tentera Islam pada tahun 641. Ianya terletak bersebelahan dan tidak jauh dari kubu tentera Rom silam iaitu Kubu Babylon.

Kaherah diasaskan oleh dinasti Fatimiyah pada tahun 969. Ia kemudiannya menggantikan Fustat sebagai pusat bandar utama semasa zaman Ayyubid dan Mamluk (abad ke-12–16). Sejak dari awal lagi, Kaherah telah menjadi pusat kehidupan politik dan budaya yang bersejarah, dan diberi gelaran “kota seribu menara” kerana keutamaan seni bina Islamnya. Pusat bersejarah Kaherah telah dianugerahkan status Tapak Warisan Dunia pada tahun 1979.

Untuk artikel penuh, klik di sini: Destinasi.Traveria.Biz