Mustafa Kamal Ataturk, antara negarawan atau pengkhianat ?
Mustafa Kamal Ataturk, antara negarawan atau pengkhianat ?

Mustafa Kamal Ataturk ialah Bapa Turki Moden. Berasal dari Bitola Macedonia, diwaktu itu Macedonia yang terletak di Balkan berada dibawah pemerintahan Uthmaniyyah. Nama beliau mula dikenali di Turki apabila beliau memenangi peperangan di Gallipoli. Peperangan ini cukup bermakna kepada rakyat Turki, kerana kemenangan ini yang berjaya kekalkan Turki untuk tidak dijajah hingga ke hari ini.

Tentera bersekutu yang diketuai British, menjangka akan dapat menawan Istanbul dalam tempoh seminggu. Tetapi peperangan di Gallipoli telah memakan masa lebih 3 minggu dan banyak kematian yg berlaku di kedua belah pihak. Akhirnya tentera bersekutu telah berundur.

Perkuburan Tentera Bersekutu Gallipoli Turki

Perkuburan Tentera Bersekutu di Gallipoli Turki

Sultan Uthmaniyyah yg terakhir pada waktu itu terlalu banyak berpoya-poya manakala golongan agamawan pula terdiri dari golongan yang jumud yang menolak segala bentuk perkara yang datang dari barat, walaupun perkara yg membawa kebaikan. Mereka masih terperangkap dengan kehebatan dan kegemilangan silam kesultanan Uthmaniyyah.

Kelemahan Sultan telah hampir menyerahkan Turki kepada penjajah barat disebabkan tekanan berterusan dari barat. Inilah penyebab utama jatuhnya sultan Uthmaniyyah. Disebabkan kelemahan ini dan meningkatnya populariti Mustafa Kamal, akhirnya Mustafa Kamal telah berjaya mengambil alih pemerintahan Turki. Istanbul serta wilayah Turki masih kekal dibawah orang Turki, walaupun banyak cubaan serangan barat berproxykan greece dan armenia berlaku terus menerus.

Anitkabir Makam Mustafa Kamal At Taturk

Anitkabir - Makam Mustafa Kamal Ataturk di Ankara

Saya telah difahamkan sekian lama versi sejarah yang telah ditulis oleh agamawan selepas pertelingkahan dengan Mustapha Kamal Ataturk. Tetapi ada sesuatu yg tidak boleh kita nafikan, apabila perkara yang benar tetap akan menyerlahkan kebenaran, iaitu kebenaran kemenangan Mustapha Kamal di Gallipoli ialah sesuatu yang memang hebat. Diwaktu Sultan sudah menandatangani dokumen penyerahan Turki kpd kuasa-kuasa bersekutu Eropah semasa Mustapha Kamal mengambil alih pemerintahan Turki, dokumen penyerahan itu telah dibatalkan. Walaupun akhlak Mustapha Kamal memang nampak jelas seperti anti Islam tetapi beliau sememangnya seorang nasionalis yang unggul yang dengan kepimpinan beliaulah, maka Turki mampu mempertahankan kedaulatan sebagai sebuah negara merdeka tanpa dijajah. Sultan sudah terlalu lemah pada masa itu, manakala keperluan rakyat yang menderita disebabkan ekonomi negara yang merudum terus saja terbiar tanpa dipedulika, sedangkan Sultan dan keluarga mereka bermewah-mewah di dalam Istana. Kita tengok kepada apa yg berlaku kepada waris Sultan, setelah kesultanan Uthmaniyyah runtuh. Mereka telah lari ke barat, kemudian ke Amerika dan berkahwin dengan orang-orang Barat. Mereka langsung tidak berusaha untuk berlindung dimana-mana negara milik umat Islam. Mungkin benar Mustapha Kamal meruntuhkan institusi Islam di Turki tetapi pewaris Sultan, kita lihat BUKANLAH juga pelindung-pelindung Islam !!

Sultan dan Ataturk

Sultan Abdul Hamid II dan Mustafa Kamal Ataturk

Saya tidak mengatakan Ataturk membawa kebenaran. Semasa berlaku peristiwa keruntuhan kesultanan Uthmaniyyah ialah semasa khalifah berada ditahap yang paling lemah dalam suasana perang tanpa henti yang panjang. Seseorang yang mampu mempertahankan negara dari penjajah, semestinya akan dilihat sebagai dan diangkat sebagai pejuang yang ulung. Pada waktu rakyat susah dilanda kebuluran, mereka akan lupakan agama. Mereka inginkan perang dihentikan dan sekiranya perang itu berhenti dengan kemenangan itulah yang mereka nanti-nantikan sekian lama. Mereka inginkan pembaharuan dan itulah yang sebenarnya berlaku di Turki. Kenapa Mustapha Kamal diterima rakyat Turki masa itu dan mereka membuang Sultan bersama agamawan-agamawan mereka ? Itulah yg perlu kita fikirkan ...... Apabila agamawan TIDAK BERPERANAN dan mereka kelihatan bermewah bersama-sama dengan pemerintah semestinya mereka akan dibenci oleh rakyat terbanyak .... Inilah mesej hamba .... AGAMAWAN PERLU MEMAHAMI HATI RAKYAT. TEMPAT MEREKA BERSAMA DENGAN RAKYAT BUKAN PEMERINTAH !!

Sejarah sebenarnya ditulis ikut kehendak penulisnya. Penulis mungkin memihak kepada mustapha kamal dan penulis mungkin memihak kepada Sultan. Cuma yang orang tak boleh manipulasikan ialah fakta yang sebenarnya berlaku dizaman rekod-rekod bertulis itu jelas disimpan. Perang di Gallipoli memang benar berlaku dan memang benar juga Sultan banyak bersetuju menyerahkan tanah jajahan Turki kpd penjajah barat. Sultan terlalu lemah pada masa itu. Kemana keluarga Sultan melarikan diri setelah jatuh kesultanan Uthmaniyyah ? Itu sepatutnya menjadi tanda tanya yang besar bagi kita !!

Cuma bila ada sumber yg mengatakan Mustapha Kamal telah berpura-pura menjadi ulamak kerana ingin merapati dan menipu Sultan, hamba rasa sumber itu perlu disemak.

Kalau ianya betul ada dua kesimpulan yg boleh dibuat - Samada Sultan BODOH sampai tak boleh nak kenal Mustapha Kamal itu ulamak atau tidak. Dalam sejarah kehidupan Mustafa Kamal tidak pernah belajar agama pun, manakala sekiranya Sultan tertipu oleh pakaian jubah Mustafa Kamal, maka disitu terletak kebodohan Sultan. Pakaian jubah bagi orang Turki pada masa itu ialah pakaian biasa.

ATAU.... Mustapha Kamal memang terlalu BIJAK sampai Sultan pun diperbodohkan oleh beliau. Mana-mana pun peristiwa itu akan menjurus kepada satu kesimpulan - memang patut pun Khalifah Islam yg terakhir itu jatuh. Mereka sudah tidak mampu memerintah !!

Bukan nak buat spekulasi, kita cuma nak tengok sejarah dari sudut yg berbeza. Memang benar sebelum kejatuhan Sultan, barat telah memfaraidkan negara-negara jajahan Uthmaniyyah. Ini termasuklah balkan, mesir, saudi dan banyak lagi negara. Cuma negara yg belum jatuh sebagai tanah jajahan barat ialah wilayah Turki yang ada dan masih kekal sampai ke tarikh hari ini. Teori konspirasi Mustapha Kamal dan British mungkin ada benarnya, cuma kita jangan lupa, pada waktu perang Gallipoli yg menyaksikan tentera ANZAC (Tentera bersekutu British dgn Australia dan New Zealand), diwaktu kematian yang berlaku dikedua belah pihak lebih kurang 3000 orang tentera disetiap pihak. Mustapha Kamal menang peperangan itu, tetapi Sultan sudah tandatangai beberapa dokumen utk serahkan Turki kpd barat. Cuma bila gerakan Mustapha Kamal dilihat kuat.... Mereka telah membatalkan kesemua dokumen yang telah ditandatangani Sultan kerana mereka tidak ingin menyerahkan apa-apa kedaulatan negara Turki kepada penjajah Barat. Ye, disitu ada versi berbeza berbanding dgn versi konspirasi yang ada diriwayatkan. British sudah pun kuasai, Mesir dan Arab saudi. Cuma Palestin yang tidak diserahkan oleh Sultan kepada British. Kita tidak nafikan disitu mungkin ada kebenaran berlaku konspirasi Mustapha Kamal dengan barat untuk serahkan Palestin. Tetapi pada waktu Sultan berada dalam keadaan yg sangat lemah, walaupun beliau tidak redha, Palestin pada waktu itu cuma membilang hari untuk jatuh ke pihak British. Kita jangan lupa ekspedisi perang British, banyak ditaja oleh zionis yang kaya raya. Saya bukannya ingin memihak kepada mana-mana pihak, sebab tidak ada faedahnya kita memihak kepada sesuatu yang sudah pun berlaku. Cuma kita perlu meneliti sejarah dari pelbagai sumber supaya kita memahami dimana kelemahan kita. RAKYAT TURKI MAJORITINYA MEMANG MENGKAGUMI MUSTAPHA KAMAL..... DIMANA SILAPNYA KHALIFAH ISLAM DIWAKTU ITU.... ITU PERSOALAN YG KITA PERLU RUNGKAI KALAU KITA INGIN MELIHAT ISLAM BANGKIT KEMBALI !!

Turki Greece dan Armenia

Kedudukan peta Turki dan Greece serta Armenia yang menjadi proxy Barat.

Banyak cerita fasal keburukan Mustapha Kamal yang dipercayai oleh orang Malaysia. Saya cuma ingin tonjolkan cerita dipihak satu lagi, iaitu selepas perang gallipoli dan jatuhnya khalifah. Mustapha kamal mengetuai banyak ekspedisi perang yang lain .... paling banyak ialah melawan Greece dan Armenia. Mustapha Kamal menang hampir kesemua peperangan. Jadi saya rasa dia memang 'deserve' utk jadi hero kepada rakyat Turki. Memang kisah-kisah yg cuba memburukan beliau terlalu banyak... Saya cuma ingin membawa kita berfikir secara logikal. Barat melalui proxy mereka Greece membuat cubaan yg banyak, dan setiap cubaan itu Mustapha Kamal menang...cuba kaji kisah perang Turki dan Armenia..... Takkan itu pun kes adanya hero lain yang tidak didendangkan ?? Perang antara Turki dan Greece juga Armenia ialah peperangan antara Turki dan Barat. Peperangan itu sudah tidak lagi dilihat sebagai perang antara Islam dan Kristian tetapi ramai penduduk Armenia dibunuh Turki dan hingga ke hari ini Armenia membuat tuntutan keatas Turki !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Daftar Minat


Daftar Minat
Mohon daftarkan maklumat anda, kami akan hubungi anda bersama dengan cadangan itinerari dan anggaran harga.

This will close in 20 seconds