Cabaran Negara Moden Umat Islam.
Cabaran Negara Moden Umat Islam.

Dari pemerhatian selama saya mengembara keatas bekas negara-negara yang satu ketika dulu makmur. Pemerhatian saya keatas cabaran negara moden umat Islam pasca merdeka serta kesan tinggalan penjajah orang-orang bukan Islam keatas negara-negara umat Islam itu, kita dapati kesan yg disebabkan oleh komunis adalah yg paling dasyat. Mereka telah mencabut agama ini sampai ke akar umbi. Anak-anak muda Islam, kecuali segelintir, sudah tidak tahu macamana untuk melaksanakan ibadah solat dan puasa, manakala arak menjadi minuman biasa. Bila kita bertanyakan mereka, katanya ibu bapa mereka pernah dilihat melaksanakan ibadah tersebut tetapi generasi anak-anak kelihatannya sudah melupakan agama mereka.

Selepas itu kita juga perhatikan, perkara yang paling dasyat telah berlaku terhadap ummah ialah, apabila pemimpin yang menjadi diktator yang tidak mesra Islam. Ini kita lihat berlaku di Turki, kita telah lihat bagaimana generasi muda mereka sebahgian besar tidak melaksanakan ibadah solat dan puasa. Mereka juga adalah peminum arak. Cuma Islam dilihat mula bernafas semula dalam kehidupan orang-orang Turki akhir-akhir ini. Manakala sebuah negara Balkan iaitu Albania agak malang apabila selepas dijajah komunis, ianya diperintah diktator yang atheis. Kita juga lihat sekarang negara Uzbekistan lebih bernasib baik, selepas pemerintahan komunis, mereka diperintah oleh pemimpin yg boleh dikatakan beriman dan bijaksana.

Masalah penjajahan barat keatas umat Islam tidaklah seteruk komunis dan diktator yg bencikan agama yg hamba nyatakan diatas. Sekurangnya Islam masih lagi dibiarkan bebas diamalkan, walaupun ada sebahgian dari umat yg telah mereka didik untuk membawa budaya mereka. Orang-orang itu walaupun peminum arak tetapi kita lihat punyai nilai integriti yang tinggi. Mungkin itulah satu-satunya nilai budaya barat yang membolehkan mereka berjaya kuasai dunia.

Kita terasa sedih menyaksikan bagaimana keagungan umat Islam silam telah diruntuhkan oleh naiknya pemikiran moden yang mencabar kedudukan agama Islam itu sendiri. Kita cuba memahami dimanakah kesilapan itu berlaku. Walaupun kita akur terhadap hikmah dari apa yang sedang berlaku itu dan semestinya kita juga memahami segalanya terletak pada rencana Allah s.w.t dalam menggilirkan umat yang menguasai dunia, kita masih juga tercari-cari sebab kenapa ugama ini seperti dicabut dari sesuatu umat yang satu ketika dulu makmur dan gemilang kedudukan agama Islamnya. Atas pendapat peribadi, saya hanya letakan kesalahan itu kepada umat yang telah melupakan Islam lalu Allah s.w.t telah menarik kekuatan yang pernah diberikan kepada umat itu. Mereka melupakan ajaran Islam yang meletakan akan peri pentingnya pemerintah yang amanah dan adil. Mereka pemerintah melupakan kedudukan rakyat yang menderita, sedang mereka hidup mewah dan berpoya-poya. Manakala agama Islam itu sendiri juga, tidak lagi dijaga dan telah dimasuki oleh unsur-unsur khurafat yang telah jadikan agama itu sesuatu yang hilang kesucian dan keberkatannya.

Mustafa Kamal At-Taturk

Di Makam Mustafa Kamal Ataturk

Cabaran Negara Moden Umat Islam Lepas Merdeka

Manakala negara-negara penjajah telah berubah menjadi negara yang lebih amanah dan adil. Kekuatan kita lihat mula beralih kepada mereka. Negara-negara penjajah barat berusaha melaksanakan satu sistem keadilan yang berintegriti untuk memakmurkan negara mereka. Hasil dari keterbukaan dan keadilan sistem pemerintahan mereka, telah mampu membawa negara mereka menjadi negara yang maju dan kuat. Apabila negara umat Islam yang satu ketika dijajah telah dimerdekakan, banyak negara tersebut yang tidak punya kemampuan untuk menjadi negara moden yang maju dan makmur. Ramai rakyat mereka, negara umat Islam pasca kemerdekaan mendapati lebih selesa untuk berhijrah ke negara-negara barat yang lebih bersifat terbuka, adil dan amanah. Umat Islam di sana telah bersama membantu memajukan negara-negara tersebut dan dari kemuliaan akhlak umat Islam di sana, kita lihat Islam mula tersebar dengan cepatnya. Cuma akhir-akhir ini, kedudukan kemegahan dan kemakmuran barat telah mula menurun dan tercabar. Seiring dengan itu kita lihat akan bertambahnya kekuatan golongan pelampau kanan dalam politik demokrasi mereka. Golongan pelampau ini semestinya akan meruntuhkan bukan sahaja kemakmuran, malah apa sahaja yang berkait dengan kehebatan mereka selama ini. Sesungguhnya golongan pelampau itu, dimana-mana sahaja, sifat mereka ialah meruntuhkan.

Sedihnya, kebanyakan negara-negara umat Islam bekas jajahan barat, selepas merdeka telah menjadi negara-negara yang bukan sahaja korup malah berpuak-puak. Masing-masing apabila berjaya memegang tampuk pemerintahan hanya pentingkan puak dan kroni mereka sahaja. Mereka tidak mementingkan keadilan dan amanah. Kalau ada yang membangkang, mereka akan dilihat sebagai pengkhianat yang perlu dihapuskan. Negara-negara umat Islam bekas jajahan barat sebenarnya merupakan negara-negara yang masih tersisa ajaran Islam, walaupun sesetengahnya, keimanan mereka telah bercampur aduk antara lebih takutkan pemerintah dari takutkan Allah swt. Mereka ialah umat yang terkena penyakit wahan iaitu penyakit yang terlalu cintakan dunia dan takutkan mati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Daftar Minat


Daftar Minat
Mohon daftarkan maklumat anda, kami akan hubungi anda bersama dengan cadangan itinerari dan anggaran harga.

This will close in 20 seconds