Menarik Kashmir: Pengenalan Ringkas
Kashmir ialah kawasan geografi yang paling utara di benua kecil India. Sehingga pertengahan abad ke-19, istilah "Kashmir" hanya merujuk kepada Lembah Kashmir di antara Banjaran Himalaya dan Banjaran Pir Panjal. Kashmir juga merangkumi kawasan yang lebih besar yang meliputi wilayah yang ditadbir oleh India iaitu Jammu dan Kashmir dan Ladakh, wilayah yang ditadbir Pakistan iaitu Azad Kashmir dan Gilgit-Baltistan, dan wilayah Aksai Chin yang meliputi lembah Trans-Karakoram yang ditadbir oleh China.
Pada separuh milenium pertama, wilayah Kashmir menjadi pusat penting agama Hindu dan kemudian agama Buddha. Semasa abad ke-7-14, wilayah ini diperintah oleh beberapa siri dinasti Hindu, dan Kashmir Shaivism. Pada tahun 1320, Rinchan Shah menjadi pemerintah Islam pertama Kashmir, merasmikan Kesultanan Kashmir. Wilayah ini adalah sebahagian daripada Empayar Mughal dari 1586 hingga 1751, dan selepas itu, sehingga tahun 1820, ianya diperintah oleh Empayar Durrani Afghanistan.
Pada tahun 1820, Empayar Sikh, di bawah Ranjit Singh, telah menakluk Kashmir. Pada tahun 1846, selepas kekalahan Sikh dalam Perang Anglo-Sikh Pertama, dan selepas pembelian wilayah itu daripada British di bawah Perjanjian Amritsar, Raja Jammu, Gulab Singh, menjadi pemerintah baru Kashmir. Pemerintahan dari keturunannya kemudian, diterima untuk berada di bawah kekuasaan tertinggi (atau asuhan) Mahkota British, dan ianya berlangsung sehingga kemerdekaan India pada tahun 1947, apabila bekas negara dibawah Empayar India British itu menjadi wilayah yang dipertikaikan. Hari ini Kashmir ditadbir oleh tiga negara: China, India, dan Pakistan. Walaubagaimanapun Kashmir yang selalu dikunjungi pelancong ialah Kashmir dibawah India.
Syurga dunia yang mempesona, Kashmir membawa anda lebih dekat dengan keajaiban Alam melalui cuaca yang menyenangkan, gunung yang dilitupi salji, padang rumput yang cantik, taman hijau yang subur, pemandangan air yang menakjubkan, bot rumah tradisional, makanan yang lazat, lembah yang menarik, seni bina yang mengagumkan, pashmina iaitu kain dari bulu kambing yang terkenal di dunia dan keindahan alam semula jadi. Semakin anda menerokai destinasi pelancongan Kashmir, semakin anda terpukau. Ia juga merupakan pintu masuk ke beberapa lembah indah lagi mengkagumkan di sekitar Kashmir.
Untuk Artikel Penuh.... Klik Di Sini: Destinasi.Traveria.Biz