Warisan tinggalan Islam di Uzbekistan yang memukau : Kembali ke 13 Abad yang lalu
Warisan tinggalan Islam di Uzbekistan yang memukau : Kembali ke 13 Abad yang lalu
Seringkali pengembara berkunjung ke Uzbekistan bagi menyaksikan tinggalan pemerintahan Islam semasa zaman kemakmuran Islam di sana. Bandar-bandar seperti Samarkand dan Bukhara punyai banyak keunikan yang membantu membentuk zaman keagongan Islam.

Uzbekistan, terletak di tengah-tengah Asia Tengah, merupakan tanah di mana gema sejarah dan budaya Islam bergema sehingga ke hari ini. Dengan kota-kota silamnya, masjid-masjidnya yang berdiri megah, dan kisah-kisah ulama dalam pelbagai bidang ilmu, Uzbekistan menawarkan perjalanan yang memberikan kesan mendalam ke dalam jiwa terutama atas perkara yang berkait dengan tamadun Islam. Sama ada anda seorang pengembara, ahli sejarah atau mencari ilmu kerohanian, warisan Islam Uzbekistan menjanjikan pengalaman yang sangat unggul.

Seringkali pengembara berkunjung ke Uzbekistan bagi menyaksikan tinggalan pemerintahan Islam semasa zaman kemakmuran Islam di sana. Bandar-bandar seperti Samarkand dan Bukhara punyai banyak keunikan yang membantu membentuk zaman keagongan Islam.

Peneroka pertama yang direkodkan di tanah Uzbekistan moden ialah nomad Iran Timur, dikenali sebagai Scythians, yang mengasaskan kerajaan di Khwarazm, Bactria, dan Sogdia pada abad ke-8–6 SM, kemudian diikuti oleh Kerajaan Fergana dan Margiana pada abad ke-3 SM hingga keabad ke-6 Masihi. Kawasan itu dimasukkan ke dalam Empayar Achaemenid dan, selepas tempoh pemerintahan Yunani-Baktria dan kemudian oleh Empayar Sasania, sehingga penaklukan oleh orang Islam ke atas Persia pada abad ketujuh. Penaklukan Muslim di peringkat awal dengan Empayar Samanid telah mengislamkan kebanyakan penduduk. Dalam tempoh itu, bandar-bandar mula menjadi kaya dari kemakmuran Jalan Sutera, dan telah menjadi salah satu pusat yang membina Zaman Keemasan Islam. Dinasti Khwarazmian telah dimusnahkan oleh pencerobohan Mongol pada abad ke-13, yang telah membawa kepada dominasi oleh orang Mongol. Empayar Timurid di abad ke-14 telah ditubuhkan oleh Timur. Ibu kotanya ialah Samarkand, yang menjadi pusat sains di bawah pemerintahan Ulugh Beg, yang kemudian melahirkan "Timurid Renaissance" - Kebangkitan kepada ilmu Sains, Matematik dan Seni. Wilayah-wilayah dinasti Timurid telah kemudiannya ditakluki oleh Kipchak Shaybanids pada abad ke-16. Penaklukan oleh Maharaja Babur ke arah timur membawa kepada sebahgian Empayar Mughal di India. Kebanyakan Asia Tengah secara beransur-ansur dimasukkan ke dalam Empayar Rusia pada abad ke-19, dengan Tashkent menjadi pusat politik Turkestan Rusia. Pada tahun 1924, persempadanan negara mewujudkan Republik Sosialis Soviet Uzbekistan sebagai sebuah republik Kesatuan Soviet. Ia mengisytiharkan kemerdekaan sebagai Republik Uzbekistan pada tahun 1991.

Untuk membaca artikel penuh, sila klik di sini : Destinasi.Traveria.Biz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *