Antara Khalifah Uthmaniyyah, As-Saud dan Wahabi
Antara Khalifah Uthmaniyyah, As-Saud dan Wahabi
Perang Wahhabi, juga dikenali sebagai perang Uthmaniyyah–Saudi, merupakan pertempuran yang telah berlaku dari awal tahun 1811 hingga ke tahun 1818. Peperangan diantara wilayah takluk Empayar Uthmaniyyah iaitu Eyalet Mesir dan Emirat Diriyah. Emirat Diriyah merupakan Negara Saudi pertama apabila Datuk Bandar Diriyah di wilayah Najdi, Muhammad I, dan Menteri Agama beliau, Muhammad ibn Abd al-Wahab berpakat untuk menubuhkan gerakan reformasi sosio-agama bagi menyebarkan agama Islam yang lebih menyeluruh. Gerakan yang bermula dengan pemberontakan pembebasan wilayah Diriyah ini kemudiannya dikenali sebagai Wahabi di bawah kepimpinan politik keluarga Bani Saud atau As-Saud.

BERMULANYA PERANG UTHMANIYYAH-SAUDI DAN PEMBENTUKAN NEGARA SAUDI I

Perang Wahabi, juga dikenali sebagai perang Uthmaniyyah–Saudi, merupakan pertempuran yang telah berlaku dari awal tahun 1811 hingga ke tahun 1818. Peperangan diantara wilayah takluk Empayar Uthmaniyyah iaitu Eyalet Mesir dan Emirat Diriyah. Emirat Diriyah merupakan Negara Saudi pertama apabila Datuk Bandar Diriyah di wilayah Najdi, Muhammad I, dan Menteri Agama beliau, Muhammad ibn Abd al-Wahab berpakat untuk menubuhkan gerakan reformasi sosio-agama bagi menyebarkan agama Islam yang lebih menyeluruh. Gerakan yang bermula dengan pemberontakan pembebasan wilayah Diriyah ini kemudiannya dikenali sebagai Wahabi di bawah kepimpinan politik keluarga Bani Saud atau As-Saud.

Keluarga As-Saud dan sekutunya dengan cepat bangkit menjadi kuasa dominan di Arab dengan mula-mula menakluki Najd, dan kemudian meluaskan pengaruh mereka ke atas pantai timur dari Kuwait hingga ke sempadan utara Oman. Tentera As-Saud juga menawan dataran tinggi Asir, manakala Muhammad ibn Abd Al Wahhab menulis surat kepada ulamak dan orang ramai menyeru mereka untuk menyertai jihad. Selepas beberapa siri kempen ketenteraan, Muhammad bin Saud meninggal dunia pada tahun 1765, meninggalkan kepimpinan kepada anaknya, Abdul-Aziz bin Muhammad. Tentera As-Saud selepas itu, telah pergi lebih jauh untuk menguasai kota suci Syiah Karbala pada tahun 1801. Di situ mereka telah memusnahkan makam-makam yang dikatakan milik wali dan membunuh lebih 5,000 orang awam. Tetapi kemudiannya, Abdulaziz telah dibunuh oleh seorang pemuda Syiah yang mengekorinya kembali ke Najd. Peristiwa itu berlaku pada tahun 1803.

Sultan Uthmaniyyah ketika itu telah menyerahkan tugas bagi menghalang As-Saud kepada raja muda Mesir, Muhammad Ali Pasha. Disitulah bermulanya Perang Uthmaniyyah–Saudi, di mana Muhammad Ali menghantar tenteranya ke wilayah Hejaz melalui laut. Anak lelakinya, Ibrahim Pasha, kemudian mengetuai tentera Uthmaniyyah ke tengah-tengah Najd, menawan bandar demi bandar. Pengganti Saud, anaknya Abdullah I, tidak dapat menghalang penawanan semula wilayah itu. Akhirnya, Ibrahim sampai ke ibu kota Saudi di Diriyah. Dia meletakkannya di bawah pengepungan selama beberapa bulan sehingga ia mengaku kalah dan menyerah pada musim sejuk 1818. Ibrahim kemudian menghantar ramai ahli keluarga As-Saud ke Mesir dan ke ibu kota Emapayar Uthmaniyyah iaitu Istanbul. Abdullah I kemudiannya dihukum bunuh di ibu negara Uthmaniyyah, dengan kepalanya yang terputus kemudiannya dibuang ke perairan Bosporus, menandakan berakhirnya apa yang dikenali sebagai negara Saudi pertama. Walau bagaimanapun, kedua-dua pengikut gerakan Wahabi dan ahli-ahli keluarga As-Saud yang masih berbaki tetap istiqamah meneruskan perjuangan mereka. Mereka telah mengasaskan Negara Saudi Kedua yang bertahan sehingga 1891. Sebelum penyatuan Arab Saudi moden, beberapa emiriah dan kerajaan telah ditubuhkan di rantau ini, akhirnya membuka jalan kepada pembentukan Kerajaan Arab Saudi.

PEMBENTUKAN NEGARA SAUDI KE 2

Sisa-sisa perjuangan Negara Saudi pertama telah meneruskan usaha untuk mendapatkan semula kuasa selepas kejatuhan negara Saudi Pertama pada tahun 1818. Pada tahun 1824, Turki bin Abdullah, cucu kepada Sultan Saudi pertama Muhammad bin Saud yang telah berjaya mengelak daripada ditangkap oleh Uthmaniyyah, telah berjaya mengusir tentera Uthmaniyyah-Mesir dan sekutu tempatan mereka dari Riyadh dan sekitarnya. Beliau secara umumnya dianggap sebagai pengasas dinasti Saudi kedua serta merupakan moyang kepada raja Arab Saudi masa kini. Beliau telah membina ibu kotanya di Riyadh dan telah mendapatkan bantuan dan pertolongan dari kalangan kerabat yang telah melarikan diri dari tahanan di Mesir. Ianya termasuklah anaknya sendiri, Faisal bin Turki.

Turki bin Abdullah telah dibunuh pada tahun 1834 oleh Mishari bin Abdul Rahman, yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beliau. Mishari tidak lama kemudian dikepung di Riyadh dan kemudiannya dibunuh oleh Faisal, yang kemudiannya menjadi pemerintah paling terkemuka dalam pemerintahan kedua Saudi. Faisal bagaimanapun berdepan dengan pencerobohan semula Najd yang diketuai oleh Muhammad Ali. Penduduk tempatan tidak mahu menentang, dan Faisal telah dikalahkan dan dibawa ke Mesir Uthmaniyyah sebagai tawanan untuk kali kedua pada tahun 1838.

Sultan Uthmaniyyah kemudiannya, melantik Khalid bin Saud, yang telah menghabiskan masa bertahun-tahun di istana Uthmaniyyah–Mesir, sebagai pemerintah di Riyadh dan menyokongnya dengan tentera Uthmaniyyah–Mesir. Khalid adalah saudara terakhir Abdullah bin Saud bin Abdul Aziz, cicit kepada Muhammad ibn Saud. Walau bagaimanapun, berikutan Konvensyen London 1840 yang dikenakan oleh kuasa Eropah, Empayar Uthmaniyyah menarik balik kehadiran tentera mereka di Semenanjung Arab, meninggalkan Khalid dengan sokongan yang minimum. Beliau hanya dianggap oleh kebanyakan penduduk tempatan sebagai gabenor Uthmaniyyah-Mesir, Khalid akhirnya telah digulingkan oleh Abdullah bin Thunayan.

Untuk memulihkan keseimbangan dan mengatasi pengaruh British, Muhammad Ali kemudiannya mengarahkan pembantunya untuk memperkasakan Faisal bin Turki, yang telah dipenjarakan semasa kempennya di Najd. Ini telah membolehkan Faisal bin Turki melepaskan diri dari penjara di Mesir Uthmaniyyah. Kepulangan Faisal dilihat sebagai penting untuk mengekalkan keseimbangan, memandangkan tuntutannya yang sah untuk memerintah di Najd, yang berada di bawah kawalan Abdullah bin Thunayan. Hubungan Faisal dengan Muhammad Ali nampaknya penuh pragmatik dan dikawal atas sebab hanya untuk kepentingan bersama.

Dibantu oleh Raja Rashid di Ha'il, Faisal dengan pantas menyingkirkan pesaingnya dan merampas semula Riyadh, meneruskan pemerintahannya. Dia kemudiannya melantik anaknya Abdullah bin Faisal sebagai pewaris, dan membahagikan wilayah kekuasaannya kepada tiga anaknya Abdullah, Saud, dan Muhammad. Kali ini Faisal mengiktiraf pemerintahan Uthmaniyyah dan memberi penghormatan tahunan; sebagai pertukaran dia diiktiraf sebagai "pemerintah semua orang Arab" oleh Uthmaniyyah.

Faisal, setelah mendapat semula kuasa, terus memperkukuhkan kuasanya dengan menundukkan puak yang melawannya di Najd dengan cara menjalinkan ikatan kerjasama. Pihak berkuasa berpusat ini memerlukan sumber kewangan, yang akhirnya mendorong Faisal untuk mensasarkan wilayah Al-Ahsa, Qatif, dan Saihat sebagai hab ekonomi utama. Dia mengenakan kawalannya ke atas wilayah-wilayah itu, memastikan aliran dana yang stabil ke perbendaharaannya dengan mengutip zakat dan cukai.

BERMULANYA GERAKAN WAHABI

Muhammad bin Abd Al Wahab meninggal dunia pada tahun 1792. Pada tahun 1803, sebelas tahun selepas kematiannya, anak kepada Abdulaziz bin Muhammad, Saud bin Abdulaziz, menghantar pasukan untuk membawa wilayah Hijaz ke bawah pemerintahan Saudi. Taif adalah kota pertama yang ditawan, dan kemudiannya dua kota suci Mekah dan Madinah. Ini dilihat sebagai cabaran besar kepada pihak berkuasa Empayar Uthmaniyyah, yang telah memerintah kota-kota suci itu sejak 1517.

Walaupun Muhammad Ibn 'Abd al-Wahab, ketua gerakan Wahabi, secara tidak langsung telah menyatakan kritikan terhadap Sultan Uthmaniyyah dalam surat-suratnya, beliau telah memutuskan untuk tidak mencabar kesahihan empayar secara terbuka sebagai langkah berjaga-jaga. Ibn 'Abd al-Wahab tidak mengiktiraf tuntutan Sultan Abdul Hamid I selepas kekalahan Uthmaniyyah dalam perang Rusia-Turki 1770-an, bagi menerima dirinya sebagai pemimpin ulung kepada keseluruhan dunia Islam ketika itu. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa Ibn 'Abd al-Wahab sengaja mencari konflik dengan Uthmaniyyah, tetapi semata-mata berdasarkan ijtihad ulamak Wahabi dimana mereka tidak melihat pengiktirafan Khalifah kepada umat, sebagai satu tuntutan wajib kepada setiap individu muslim. Ibn 'Abd al-Wahab amat bimbang dengan penghakisan akhlak agama di wilayah Uthmaniyyah yang berhampiran dan mendapati banyak percanggahan dengan agama Islam dengan pentadbiran yang diamalkan dalam empayar Uthmaniyyah. Sultan dikritiknya kerana tidak menguatkuasakan Shariah (undang-undang Islam) dengan betul di wilayah kesultanan Uthmaniyyah. Wahabi menawarkan model agama dan politik alternatif kepada Uthmaniyyah dan mereka cuba menonjolkan bentuk kepimpinan dan politik Islam yang agak berbeza.

PEMBENTUKAN NEGARA SAUDI KE 3 DAN HUBUNGAN ANTARA BRITISH DAN AS-SAUD

Semasa Perang Dunia I, British bersekutu dengan tentera Saudi, yang dipimpin oleh Ibn Saud, untuk melemahkan dan akhirnya mengalahkan Empayar Uthmaniyyah. Perikatan ini adalah sebahagian daripada strategi yang lebih besar untuk membongkar Empayar Uthmaniyyah dan mengagihkan semula wilayahnya. British melihat Saudi sebagai sekutu yang berpotensi dalam usaha mereka untuk melemahkan kawalan Uthmaniyyah di Semenanjung Arab dan seterusnya.

Pada tahun 1902, Abdul-Aziz Al Saud, pemimpin Al Saud, kembali dari buangan di Kuwait untuk menyambung semula konflik dengan Al Rashid, dan merampas Riyadh, Kota pertama yang ditawan daripada siri penaklukan yang mewujudkan Negara Saudi Ketiga, dan akhirnya membawa kepada pembinaan negara moden Arab Saudi pada tahun 1930. Senjata utama untuk mencapai matlamatnya ialah dengan menggunakan jemaah Ikhwan Wahabi yang terdiri dari kaum Badui, yang diketuai Sultan bin Bajad Al-Otaibi dan Faisal al-Duwaish.

Menjelang 1906, Abdulaziz telah berjaya menghalau Al Rasyid keluar dari Najd, dan Uthmaniyyah mengiktirafnya sebagai Gabenor di Najd. Penawanan wilayah seterusnya ialah Al-Hasa, yang diambilnya daripada Uthmaniyyah pada tahun 1913, membawanya menguasai pantai Teluk Parsi dan apa yang kemudiannya menjadi rizab minyak Arab Saudi yang luas. Dia mengelak daripada terlibat dalam Pemberontakan Arab, dengan mengakui kekuasaan Uthmaniyyah pada tahun 1914, dan sebaliknya meneruskan perjuangannya melawan Al Rashid di utara Arab. Pada tahun 1920, perhatian Ikhwan beralih ke barat daya, apabila mereka merampas Asir, wilayah antara Hejaz dan Yaman. Pada tahun berikutnya, Abdul-Aziz akhirnya mengalahkan Al Rasyid dan menguasai seluruh utara Arab.

Sebelum 1923, Abdulaziz tidak mengambil risiko untuk menyerang Hejaz kerana Hussein bin Ali, Raja Hejaz, mendapat sokongan British. Walau bagaimanapun, pada tahun itu, British menarik balik sokongan mereka. Pada persidangan di Riyadh pada Julai 1924, aduan telah dibuat terhadap Hijaz: pada dasarnya, ziarah dari Najd telah dihalang. Hijaz memboikot pelaksanaan dasar awam tertentu yang bertentangan dengan syariah. Unit-unit Ikhwan dikumpulkan secara besar-besaran untuk pertama kalinya, dan di bawah Khalid bin Lu'ayy dan Sultan bin Bajad, dengan pantas maju ke Mekah, meletakkan simbol sisa amalan "kafir". Ikhwan menyelesaikan penaklukan Hejaz pada penghujung tahun 1925. Pada 10 Januari 1926, Abdulaziz mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Hejaz pada 27 Januari 1927, beliau bergelar Raja Najd. Penglibatan Ikhwan Wahabi untuk melakukan penaklukan ke atas wilayah-wilayah Negara Saudi ke 3, bukan saja mempunyai kesan amat penting di Hejaz tetapi bagi Umat Islam di seluruh dunia dimana ajaran Islam yang bercampur dengan pelbagai pemikiran lama telah dicantas, dan versi Islah iaitu pemikiran baru Wahabi telah dilaksanakan dan diwajibkan sebagai perintah sosial yang baru.

Melalui Perjanjian Jeddah, yang ditandatangani pada 20 Mei 1927, British mengiktiraf kemerdekaan kerajaan Abdul-Aziz (ketika itu dikenali sebagai Kerajaan Hejaz dan Najd). Selepas penaklukan Hejaz, pemimpin Ikhwan ingin meneruskan perluasan wilayah Wahabi ke wilayah naungan British iaitu wilayah Transjordan, Iraq, dan Kuwait. Abdul-Aziz, bagaimanapun, membatalkan hasrat ini, menyedari bahaya konflik langsung dengan British. Oleh itu Ikhwan memberontak tetapi telah dikalahkan dalam Pertempuran Sabilla pada tahun 1929, dan kepimpinan Ikhwan telah dibunuh secara beramai-ramai.

IDB Jeddah

Gambar kenangan kami di Islamic Development Bank, Jeddah, Arab Saudi

Pada tahun 1932, dua kerajaan Hejaz dan Najd telah disatukan sebagai "Kerajaan Arab Saudi". Sempadan dengan Transjordan, Iraq dan Kuwait telah diwujudkan melalui satu siri perjanjian yang dirundingkan pada tahun 1920-an, dengan dua "zon bebas" diwujudkan, satu dengan Iraq dan satu lagi dengan Kuwait. Sempadan selatan negara dengan Yaman sebahagiannya ditakrifkan oleh Perjanjian Ta'if 1934, yang menamatkan perang sempadan singkat antara kedua-dua negeri.

KENAPA BERLAKU PERTEMBUNGAN PEMIKIRAN ULAMAK AHLI HADIS DAN ULAMAK TRADISIONAL PONDOK ?

Sejak zaman berzaman Rasul-Rasul diutus Allah swt kepada kaum yahudi bukan untuk membawa agama baharu tetapi memperbetulkan agama sedia ada. Cuma untuk umat Nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir beliau juga bukan membawa agama baharu tetapi menyempurnakan agama yang sedia ada. Agama Islam telah lengkap disempurnakan oleh RasulAllah SAW.

Pondok Tarikat Naksyabandiah di Blagaj Bosnia
Pondok Tarikat Naksyabandiah di Blagaj Bosnia

Agama Islam merentasi benua, merentasi pelbagai bangsa, kepercayaan dan agama setempat. Sedikit sebanyak kepercayaan asal seperti israeliyat, majusi, hindu dan animisme akan menyerap masuk dalam agama Islam yg disebarkan itu. Kita tidak salahkan ulamak pada waktu itu kerana keutamaan bagi mereka ialah supaya risalah tauhid disampaikan. Masalah berlaku apabila penyesuaian yang dilakukan untuk masyarakat setempat telah diterima sebagai satu ibadah yang tidak boleh dicabar. Kita tidak nafikan kesahihan ulamak diperingkat awal, mereka tergolong dalam golongan yg benar melalui ijtihad-ijtihad mereka. Tetapi apabila kitab-kitab yang dikarang diperbahrui oleh orang-orang lain, boleh sahaja maksud penulis asal akan tersorok. Kitab-kitab itulah yg diajar di pondok-pondok dari generasi ke generasi. Perkara asal yg merupakan proses penyesuaian telah diterima pakai sebagai ibadah. Golongan itu pula berkata pintu ijtihad sudah ditutup !

Pertembungan mula berlaku apabila segolongan ulamak mempersoalkan proses ijtihad yang ada dimana mereka berkata ijtihad boleh diperbaharui disebabkan oleh sejarah dan ajaran Islam itu jelas dalam bentuk asli dokumentasi boleh diperolehi semenjak zaman salafussoleh (generasi ke 3 selepas nabi ?). Jadi ulamak tidak lagi diperlukan untuk merujuk kepada kitab-kitab lama bilamana mereka boleh terus merujuk kepada zaman salafi iaitu zaman dimana hadis dikumpulkan. Peranan Ulamak seharusnya membuat ijtihad dengan merujuk kepada rekod-rekod asas agama Islam digenerasi awal, bukan sekadar membaca kitab tentang pendapat Ulamak silam.

Golongan ulamak yang baru itu dikenali sebagai golongan salafi dan Mohd Abdul Wahab ( pengasas wahabi ?) ialah salah seorang yang cuba mengembalikan umat kepada pemikiran ini. Jadi dari situlah bermulanya pertembungan antara ulamak tradisional dengan ulamak salaf.

Kita banyak menerima cerita tentang kisah wahabi bersama British menentang khalifah Uthmaniyyah terakhir. Saya berjalan dibanyak tempat dimana agama Islam telah runtuh sebagaimana di Balkan, di Asia Tengah ( negara bekas soviet), Turki, utara Afrika untuk cuba memahami sebab musabab kenapa runtuhnya kemegahan Islam yang satu ketika dulu begitu hebat. Satu sahaja kesimpulan yang saya boleh buat, pada waktu berlaku keruntuhan itu terlalu banyak perkara bid'ah dan khurafat yang berlaku didalam masyarakat umat Islam. Pada waktu itu Sultan atau pemerintah umat Islam sudah berada pada tahap yang sangat lemah. Terlalu bermewah dan korupsi dalam pentadbiran berlaku. Ulamak menjadi golongan penjual agama dan tidak berani melawan pemerintah. Kita dapat lihat bagaimana Allah swt hampir melenyapkan Islam dari bumi mereka sehinggalah satu hari datang kembali pemimpin yang lebih ikhlas seperti di Turki dan Uzbekistan dan In Syaa Allah Albania sedikit masa lagi Islam akan dikembalikan. Cuma bentuk Islam yang bagaimanakah yang akan dikembalikan..... masih jadi tandatanya.

Kita ambil contoh khenduri tahlil 1 hari, 7 hari dan 40 hari. Dari manakah datangnya ibadah itu ? Tidak ada nas langsung tetapi ianya seolah diterima sebagai satu ibadah wajib. Bulan Ramadhan nanti kita akan dibebankan dengan tambahan ibadah tahlil setiap malam. Dan sesetengah masjid ianya jadi sumber pendapatan yang wajib dibuat. Ibadah tahlil dipercayai asalnya disesuaikan dgn kepercayaan asal orang melayu yang mengadakan khenduri setelah berlaku kematian.

Pun kita tidak salahkan bagi orang yang ingin terus melakukan tahlil, tetapi mereka perlu fahami bahawa itu bukan ibadah yg dituntut dan tidak perlu diberikan keutamaan.

Satu perkara yang jelas kita boleh lihat dalam sejarah Islam, runtuhnya sesuatu pemerintahan ditakluk oleh kuasa-kuasa besar yang lain apabila berlakunya kelemahan pemerintah - bermewah dan rasuah sedang rakyat menderita. Ulamak dizaman itu bersekongkol dengan kuasa itu. Apabila runtuhnya kuasa umat, habis sehingga ke akar umbi Islam ingin dicabut. Kita juga melihat keagungan Islam dan kejayaan Islam apabila pemerintah dan ulamaknya mampu menunjukan sifat amanah dan adil.

Disebelah sini kelihatan pertembungan ini seolah baru sahaja berlaku. Manakala kita Melayu Islam hari ini semakin hampir menghampiri umat yg telah runtuh sebelum ini ….. Jadi fikirfikirkanlah !!

Akhir Kalam

Saya tidak kata saya sokong AsSaud. Tapi itu adalah peperangan yg berlaku dan telah berlaku. Bani AsSaud merupakan keluarga yang boleh dikatakan bijak mengintai peluang dan Wahabi telah digunakan untuk mereka mencapai agenda mereka. Sebagaimana yang telah saya katakan sebelum ini, apa yang berlaku telahpun berlaku. Kita mempelajari sejarah, dan kita memahami bahawa tidak ada manusia termasuk pemimpin yang agung sekalipun yang sempurna. Kita mempelajari sejarah utk memahami apa yang boleh kita lakukan untuk kebaikan ummah dimasa depan. Memang ada keburukan keluarga AsSaud, tetapi apabila Allah swt membenarkan mereka untuk menjadi penjaga kepada dua tanah suci, mestilah ada hikmah-hikmahnya kepada ummah.

Apabila kita berjalan di bumi yang mana Islam satu ketika dulu gemilang seperti ke bumi Turki yang ditakdirkan jatuh kepada katanya kezaliman Mustapha Kamal, bumi Asia Tengah yang ditakdirkan jatuh kepada Rusia, bumi sebelah India Timur yang jatuh kepada British, bumi sebelah Afrika Utara yang jatuh ketangan Peranchis dan Itali, bumi sebelah Balkan yang jatuh kepada komunis Yugoslavia. Hamba nampak satu perkara yang menjatuhkan umat Islam disitu yang telah menjadikan mereka dihina. Apabila perkara syirik dibiarkan berleluasa - kubur-kubur telah dipuja, orang alim bukan dimuliakan tetapi telah dipuja dan perkara bida'ah serta khurafat lain yang seumpama tersebar luas dikalangan umat. Apabila itu berlaku, WAHABI TELAH DATANG MENGGEGARKAN DUNIA ISLAM DENGAN MEMERANGI PERKARA-PERKARA SYIRIK ITU. ASSAUD TELAH BERPAKAT DENGAN WAHABI DAN JUGA BRITISH DAN MENGAMBIL PELUANG UTK MEREKA KUASAI TANAH HIJAZ.

PERSOALAN KITA BAGAIMANA UMAT INI SEKARANG…. APAKAH YANG PERLU MEREKA LAKUKAN UTK BANGKIT KEMBALI ? APAKAH SEMUA KELEMAHAN YG BERLAKU ITU SALAH WAHABI ?

Traveria logo
Pakej Percutian dari Konsortium Agensi Pelancongan
-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *