Dagang Saya Musafir Lalu
Dagang Saya Musafir Lalu
Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan datang bertempat, Dagang saya Musafir lalu.

Kajang tuan kajang berlipat,
Kajang saya mengkuang layu,
Dagang tuan datang bertempat,
Dagang saya Musafir lalu.

Kita bermusafir ke tempat asing, kita melihat banyak kesan dan mengambil pengajaran dari kezaliman manusia. Kita melihat bagaimana apabila kita umat Islam tidak teguh berpegang kepada agama mereka, kezaliman akan cepat melanda. Pemerintah yang zalim itu sesetengahnya dari kaum lain yang berbeza dan sesetengahnya dari kaum dan agama yang sama. Kita melihat bagaimana kesukaran umat Islam akibat dari kalah perang, kita lihat bagaimana kaum Champ di Vietnam bertaburan disepanjang lembah sungai Chao Phraya di sekitar Cambodia dan Vietnam. Kita juga melihat kesukaran kehidupan umat Islam Pattani di Thailand dan juga kesukaran umat Islam Rohingya di Myanmar yang sering jadi mangsa dan diperangi.

Kita berjalan lebih jauh ke China, setelah sekian lama berada dibawah rejim komunis, kita merasa sedih melihat nasib umat Islam disana yang kelihatan seperti mula meninggalkan agama mereka setelah beberapa ketika mereka dikongkong dan dipaksa meninggalkan ajaran asas seperti solat dan puasa.

Kita ke Turki dan melihat bagaimana naiknya Mustafa Kamal Attaturk menjatuhkan Sultan Uthmaniah yang terakhir. Sultan pada waktu yang paling lemah dalam sejarah Uthmaniah ialah Sultan yang berpoya-poya dengan kekayaan mereka manakala rakyatnya hidup merempat ! Sultan tidak mampu menjadi contoh yang baik kepada sebuah kehidupan ummah. Mustafa Kamal naik atas satu sebab yang logik dan atas kelemahan Sultan yang berada di tahap yang zalim pada rakyatnya pada waktu itu. Rakyat sudah bosan dengan Sultan. Mustafa Kamal disebalik menjadi seorang Islam yang sejati memilih menyingkirkan Islam dari kehidupan umat di Turki. Sekarang apabila Erdogan mula memerintah, keindahan Islam mula dikembalikan. Walaubagaimanapun model negara demokrasi kapitalis semestinya akan membina jurang antara si kaya dan si miskin. Masih banyak yang perlu dilakukan beliau untuk kembalikan keagungan Islam dan Turki. Doa kami bersama mereka.

Kita bermusafir ke Balkan, ke negara-negara bekas jajahan Komunis Yugoslavia yang sebelum itu ialah sebahgian dari negara Uthmaniyyah Turki. Kita melihat kesan-kesan keindahan dan kemakmuran yang dibina oleh Uthmaniyyah satu ketika dulu. Kita melihat kesan-kesan perang dunia pertama dan kedua bersama-sama dengan peperangan Balkan yang baru sahaja berhenti beberapa tahun yang lalu. Bagaimana Sarajevo dikepong dan bagaimana mujahidin memasuki Sarajevo yang kemudiannya dituruti oleh tentera pengaman PBB. Betapa disitu kita dapat melihat, bahawa umat islam perlu membina kekuatan mereka sendiri dalam pelbagai sudut.

Cappadocia Monk Valley

Kita melihat bagaimana bekas-bekas kezaliman komunis dan diktator di Albania. Kita juga melihat bagaimana komunis berjaya meruntuhkan sebahgian besar imaan umat yg berada di Balkan…. sebagaimana juga di China dan Vietnam. Kita benar-benar faham bahawa selagi kita boleh hidup aman, hargailah kedudukan yg aman itu.

Traveria logo
Traveria.Biz - Pakej Pelancongan Kerjasama Konsortium Agensi Pelancongan

Jangan mudah memanggil orang "kafir harbi" pada waktu kita tidak benar-benar mengenali siapakah kafir harbi yg sebenar. Jangan bergurau tentang itu !!….. Kita juga perlu benar-benar ikhlas dgn Imaan yg kita ada, tunjukan sebaik-baik akhlak kita supaya manusia keseluruhannya akan kagum dan merasa kasih kepada kita. Kita merasa sedih apabila kita bermusafir ke tanah arab, akhlak dan kehidupan mereka tidak ada satu yang boleh kita banggakan. Mereka terbelengu dengan kemiskinan, assobiyyah dan Korup. Sesetengah kezaliman itu berselindung disebalik undang-undang shariah Islam. Jadi bagaimana keindahan shariah itu dapat dilihat apabila yang mentadbirnya zalim.

Kita perjuangkan kehidupan ini supaya, umat akan benar-benar mendapat rahmat dengan adanya kita. Jangan kerana dunia yang sedikit, kerana kereta mewah yg harganya teramat mahal, kita sanggup menukar dengan keikhlasan perjuangan kita. Kebanyakan negara bangsa itu runtuh, apabila pemerintah disetiap sendi terkena penyakit korup.

KITA MENGEMBARA UNTUK BELAJAR DAN MELIHAT KESAN DARI KEZALIMAN YANG DITINGGALKAN KEPADA KITA. NEGARA KITA AGAKNYA SEDANG MENCIPTA SEJARAH UNTUK MENINGGALKAN KESAN2 KORUP DAN KEZALIMANNYA SEBAGAIMANA YG PERNAH DITINGGALKAN OLEH FIRAUN ? ATAU REFORMASI MAMPU MEMBAIKI AKHLAK UMAT MELAYU ISLAM DI MALAYSIA ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *