Bangkok Cha Tu Chak Market dan Masjid Jamiul Idhard

Bangkok Cha Tu Chak Market dan Masjid Jamiul Idhard

Lebih kurang Jam 2.30 waktu tempatan peserta telah keluar dari Arrival Gate Suvarnabhumi Airport. Hamba telah menunggu ketibaan mereka bersama dgn Tour Guide – En Adam. En. Adam asalnya orang Narathiwat dan sekarang bekerja sebagai Tour Guide di Kota Bangkok. Seusai pengenalan kami dgn kumpulan yg seramai 17 orang ini, kami telah dibawa menaiki bas yg telah sedia menunggu di Tingkat 1 Airport.

Lorem Ipsum has been the industry\’s standard dummy text ever since the 1500s.

Dari Airport kami dibawa ke Masjid Jamiul Idhard untuk selesaikan urusan solat Jamak Taqdim – Zohor dan Asar.

Lorem Ipsum has been the industry\’s standard dummy text ever since the 1500s.

Bersembang dengan Tour Guide tadi, saya tanya Islam semakin kuat atau semakin menurun di Thailand. Dia cakap di Bangkok, Islam bertambah kuat. Tiap hari ada orang siam masuk Islam. Akhlak umat Islam, ketabahan dan kesabaran serta kemampuan mereka berdikari dalam ekonomi yang berjaya menarik minat orang siam. Budha matlamat hidup tidak jelas. Di sebelah pattani-narathiwat … Kedudukan orang Islam juga semakin bagus cuma ada dikalangan mereka yang kehidupannya susah yang terus saja melupakan agama. Terutama bagi mereka yang terperangkap dengan aktiviti tidak sihat seperti pelacuran dan juga dadah .

Di situ kita sepatutnya nampak, akan peri pentingnya kemampuan ekonomi umah. Bukan sebab kita nak menunjuk-nunjuk kehebatan masing-masing membina rumah besar atau memiliki kereta mewah tetapi jauh dari itu kita nak lihat satu umat yang mampu berdikari dan kuat. Mampu beri pekerjaan kepada umat yang ingin bekerja, mampu membantu setiap orang umat yang perlukan bantuan, terutama mereka yang tidak bernasib baik dan dizalimi.

Lorem Ipsum has been the industry\’s standard dummy text ever since the 1500s.

Masjid yang agak besar ini, katanya nombor 3 di Bangkok, telah dibina oleh penempatan Islam yg awal di pinggir Kota Bangkok. Dari Masjid ini, kami kemudian dibawa ke Cha Tu Chak Weekend Market. Sebuah pasar minggu yang amat terkenal di Kota Bangkok. Ada lebih kurang 7,000 gerai-gerai kecil yang sedia menanti anda dgn pelbagai jenis barangan. Kebanyakan produk adalah barangan buatan tempatan dan harganya agak murah. T’Shirt berkualiti harga dalam 100bhat (RM 12). Kami ronda-ronda pasar Cha Tu Chak selama 2 jam dari jam 4pm sehingga 6pm. Sekiranya anda berpeluang kesini satu hari nanti, mungkin anda ingin mencuba untuk merasa akan nikmatnya memakan sejenis buahan iaitu nenas kecil, keseluruhan buah nenas boleh dimuatkan dalam mulut dengan sekali masuk.

Lorem Ipsum has been the industry\’s standard dummy text ever since the 1500s.

Dari Cha Tu Chak kami di bawa ke sebuah restoran Muslim Thai – restoran Ziniza. Restoran dan Hotel ini dimiliki dan diusahakan oleh orang Islam di Thailand sudah puluhan tahun dan agak berjaya. Makanannya authentic, terutama Tom Yam amat sedap dan menyelerakan kami.

Selesai makan malam, lebih kurang jam 8 kami bertolak ke Hotel Grand Diamond Suites. Hotel bertaraf 4 bintang ini merupakan bilik-bilik suites yg agak luas. Bilik Standard mereka ialah Suites 1 bilik. Hotel ini terletak di kawasan Prathunam iaitu pusat kepada syurga membeli belah di Kota Bangkok. Menjelang 9pm kami sudah checkin ke bilik hotel.

Perjalanan Keretapi dari KL Sentral ke Bangkok

[ez-toc]

Keretapi dari KL Sentral ke Bangkok

Menaiki kereta api ke Bangkok menjadi lebih menarik sekarang, terutamanya sejak pembukaan stesen kereta api moden Bangkok Selatan yang baru dibuka pada tahun 2021, yang dikenali sebagai Stesen Keretapi Bang Bamru. Stesen Bang Bamru disesuaikan bagi tujuan mengendalikan tren dari arah selatan dan terletak 18km dari stesen utama Bangkok iaitu Terminal Sentral Krung Thep Aphiwat. Stesen Sentral Bangkok itu merupakan stesen kereta api terbesar di Asia Tenggara, ia mempunyai 26 platform kereta api yang digunakan untuk perjalanan kereta api jarak jauh ke destinasi antarabangsa dan juga antara bandar di Thailand.

Lorem Ipsum has been the industry’s standard dummy text ever since the 1500s.

Keretapi dari KL Sentral ke Padang Besar

Perjalanan dengan kereta api antara Malaysia dan Bangkok merupakan pilihan yang agak menarik pada bajet yang lebih rendah berbanding dengan menaiki penerbangan, tetapi ia memerlukan masa yang agak lama iaitu sehari semalam untuk sampai ke Bangkok dari KL Sentral. Bagi yang rasa ingin untuk menikmati pengalaman menaiki keretapi di Thailand, semestinya ini adalah pilihan yang lebih baik.

Lorem Ipsum has been the industry’s standard dummy text ever since the 1500s.

Rangkaian kereta api utama Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM), ialah laluan kereta api elektrik iaitu ETS yang digunakan oleh penduduk tempatan untuk perjalanan antara bandar dan tempatan. KTM ETS menyediakan perkhidmatan sampai ke sempadan Padang Besar, dimana anda boleh terus menyeberangi sempadan dengan memasuki kompleks imigresen dan seterus menaiki keretapi untuk ke Bangkok dari Padang Besar.

Lorem Ipsum has been the industry’s standard dummy text ever since the 1500s.


Keretapi dari Padang Besar ke Bangkok

Sebaik sahaja anda tiba di stesen Padang Besar, passport anda perlu dicop keluar dari Malaysia di Pusat Pemeriksaan Imigresen dan ke Thailand, sebelum menaiki kereta api kedua yang menuju ke Bangkok.

Lorem Ipsum has been the industry’s standard dummy text ever since the 1500s.

Kereta api semalaman dari Padang Besar ke Bangkok adalah perjalanan yang panjang melebihi 18 jam. Satu-satunya kereta api yang menuju ke Terminal Sentral Krung Thep Aphiwat di Bangkok ialah Kereta Api No. 46, yang berlepas pada pukul 5 petang dan sampai ke Bangkok pada pukul 11 ​​pagi keesokan harinya, atau 10 pagi dalam waktu Thai. Dari Padang Besar, keretapi akan ke stesen Hatyai

Adalah lebih baik untuk menempah tiket untuk laluan ini lebih awal, tetapi anda juga boleh membelinya di pejabat tiket di stesen kereta api. Tambang untuk tiket berkisar antara 868 THB hingga 958 THB, bergantung pada tempat duduk anda. Walaubagaimanapun anda dinasihati menempah tiket tempat tidur (Class Sleeper AC) untuk keselesaan anda yang berada dalam tren selama 18 jam.

Di bawah ialah perjalanan keretapi dan stesen yang dilalui dari Padang Besar ke Bangkok.

No.StesenKetibaanBerlepas
1Padang Besar17:00
2Khlong Ngae17:2317:24
3Hat Yai Junction17:4618:05
4Bang Kaeo18:5318:54
5Phatthalung19:1619:18
6Cha-uat19:5819:59
7Thung Song Junction20:5221:02
8Surat Thani22:4722:50
9Khuan Hin Mui00:1800:22
10Khao Suan Thurian00:3500:39
11Chumphon01:1701:27
12Bang Saphan Yai02:5002:51
13Prachuap Khiri Khan03:5303:54
14Wang Phong04:5204:53
15Hua Hin05:1205:17
16Phetchaburi06:1006:13
17Rachaburi06:5606:59
18Ban Pong07:2807:29
19Nakhon Pathom07:5008:00
20Sala Ya08:2808:29
21Bang Bamru08:5108:52
22Krung Thep Aphiwat09:05