Bangkok: Masjid Jamiul Idhard dan Cha Tu Chak Market
Bangkok: Masjid Jamiul Idhard dan Cha Tu Chak Market

Klik Di Sini Untuk maklumat Pakej Bangkok terkini

Lebih kurang Jam 2.30 waktu tempatan peserta telah keluar dari Arrival Gate Suvarnabhumi Airport. Hamba telah menunggu ketibaan mereka bersama dgn Tour Guide - En Adam. En. Adam asalnya orang Narathiwat dan sekarang bekerja sebagai Tour Guide di Kota Bangkok. Seusai pengenalan kami dgn kumpulan yg seramai 17 orang ini, kami telah dibawa menaiki bas yg telah sedia menunggu di Tingkat 1 Airport.

Bangkok12

Dari Airport kami dibawa ke Masjid Jamiul Idhard untuk selesaikan urusan solat Jamak Taqdim - Zohor dan Asar.

Bangkok15

Bersembang dengan Tour Guide tadi, saya tanya Islam semakin kuat atau semakin menurun di Thailand. Dia cakap di Bangkok, Islam bertambah kuat. Tiap hari ada orang siam masuk Islam. Akhlak umat Islam, ketabahan dan kesabaran serta kemampuan mereka berdikari dalam ekonomi yang berjaya menarik minat orang siam. Budha matlamat hidup tidak jelas. Di sebelah pattani-narathiwat ... Kedudukan orang Islam juga semakin bagus cuma ada dikalangan mereka yang kehidupannya susah yang terus saja melupakan agama. Terutama bagi mereka yang terperangkap dengan aktiviti tidak sihat seperti pelacuran dan juga dadah .

Di situ kita sepatutnya nampak, akan peri pentingnya kemampuan ekonomi umah. Bukan sebab kita nak menunjuk-nunjuk kehebatan masing-masing membina rumah besar atau memiliki kereta mewah tetapi jauh dari itu kita nak lihat satu umat yang mampu berdikari dan kuat. Mampu beri pekerjaan kepada umat yang ingin bekerja, mampu membantu setiap orang umat yang perlukan bantuan, terutama mereka yang tidak bernasib baik dan dizalimi.

Bangkok11

Masjid yang agak besar ini, katanya nombor 3 di Bangkok, telah dibina oleh penempatan Islam yg awal di pinggir Kota Bangkok. Dari Masjid ini, kami kemudian dibawa ke Cha Tu Chak Weekend Market. Sebuah pasar minggu yang amat terkenal di Kota Bangkok. Ada lebih kurang 7,000 gerai-gerai kecil yang sedia menanti anda dgn pelbagai jenis barangan. Kebanyakan produk adalah barangan buatan tempatan dan harganya agak murah. T'Shirt berkualiti harga dalam 100bhat (RM 12). Kami ronda-ronda pasar Cha Tu Chak selama 2 jam dari jam 4pm sehingga 6pm. Sekiranya anda berpeluang kesini satu hari nanti, mungkin anda ingin mencuba untuk merasa akan nikmatnya memakan sejenis buahan iaitu nenas kecil, keseluruhan buah nenas boleh dimuatkan dalam mulut dengan sekali masuk.

Bangkok14

Dari Cha Tu Chak kami di bawa ke sebuah restoran Muslim Thai - restoran Ziniza. Restoran dan Hotel ini dimiliki dan diusahakan oleh orang Islam di Thailand sudah puluhan tahun dan agak berjaya. Makanannya authentic, terutama Tom Yam amat sedap dan menyelerakan kami.

Selesai makan malam, lebih kurang jam 8 kami bertolak ke Hotel Grand Diamond Suites. Hotel bertaraf 4 bintang ini merupakan bilik-bilik suites yg agak luas. Bilik Standard mereka ialah Suites 1 bilik. Hotel ini terletak di kawasan Prathunam iaitu pusat kepada syurga membeli belah di Kota Bangkok. Menjelang 9pm kami sudah checkin ke bilik hotel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *